"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Thursday, December 30, 2010

-Tanda Yang Kamu da LAma Single -

.........wow aq single!!!!! hehehe.........

lupakan apa yang d'atas tue...kali nie ima nak cerita pasal lelaki, walaupun blog ima nie cerita tuk pompuan je...tp ima pikir nie adalah satu perkongsian pintar..cewahhhh ayat xle tahan tue..kwang kwang kwang. mari kita lihat cerita d'sebalik tanda2 yang lelaki nie sudah lama single tau dalam ayat melayu masi solo gitu ^__^

.....nie dia tanda-tandanya, wahai kaum adam jom baca......

1. Perasan semua awek suka pada kau

Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari tadi.


2. Membina tabiat makan yang tidak elok

Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.


3. Kau banyak sangat main games

Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?


4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan

Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.


5. Kau mula stalk awek lama kau

Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.


.....sekian dlu tanda2nya..korang rasa ok tak..hahahahaha......

namun pada yang da in relationship tue jgn la plak mengaku single..parah ooo awek2 korang makan hati...klu makan hati ayam tak pe..nie klu makan hati sampai sakit..tak ke parah tue..so layan la mereka dengan jujur dan penuh kasih sayang


p/s: hehehe ima dalam hubungan..tp terkadang nakal sikit.oppsss!!! hehe

4 Sudah Luah:

Anonymous said...

mengaku bujangan
kepada setiap wanita
ternyata cucunya segudang..

Anonymous said...

Nakal..... Jgn tak nakal..

QueenImah said...

ala nakal2 sikit je la...bukan banyak pun...nakal baik pun..

Anonymous said...

huhu.. Twinkle pun ada gak kat sini..