"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Monday, December 6, 2010

~Nasihat TUK yang berCINTA~

Nie la nasihat ku tuk kamu yang sedang bercinta (teringat plak lagu dewa "aq sedang bercinta") semoga nasihat nie akan memberi kita sedikit pengetahuan..kepada imah sendiri..kawan dan semua la yang membacanya...

mari kita sama2 hayati..cewahh hayati tue..lalalalal...jom2..^_^

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

(anda pahamkan maksudnya..ya ia memberi aq sedikit kesedaran..lalalala)


2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

(nah maksud yang mendalam..bercinta ala kadar..klu dia jodoh xkemana..lalalala)


3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

(wahhhh maksudnya nie mcm jangan terlalu bahagia semasa bercinta..ia kan..hehehehe)


4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

(nahhh ini sudah d'suruh kawen la plak..lalalala)


5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

(huhuhu..awak cinta kita palsu la..betul ka...pikir2kan)


6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. (aq akan cuba buat yang terbaik..tuk hubungan kita..tuk diri kita..percaya lah...)


7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu. (betul juga kan...melalui hp pun boleh juga....hehehehe...ala dalam fb pun boleh juga..lalallaa)


8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA. (insyaAllah...sedang ke arahnya..llalalalala)


9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. (masalahnya ku da bercinta...so akan cuba ikut segala yang baik...hehe)


10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

(insyaAllah..semoga d'beri petunjuk dalam hubungan cinta nie)


Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.



p/s: awak semoga kita kan kearah yang lebih baik..dan mencapai sesuatu yang d'impian oleh semua orang..amin....

4 Sudah Luah:

Anonymous said...

terima kasih atas nasihatnya.. Terima kasih jg pesanan2 ringkasnya.. Baru aku mengerti....

Tq so much...

Aku Bah Nie Imah said...

ingat mengingati itu kan baik...=)

Anonymous said...

terima kasih.. Kata2nya menyentuh jiwa dan perasaanku... Kini baru ku mengerti dan aq tau apa yg harus aq lakukan...

Aku Bah Nie Imah said...

bagus la klu awk da tahu apa nak buat..semoga awak kan bahagia dengan dia....amin