Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn
Sunday, October 31, 2010
~Merentas Sabtu~
Friday, October 29, 2010
~Novel Tautan Hati~
Novel Tautan hati adalah novel keluaran Telaga Biru..penulis novel nie adalah dari seorang anak muda yang mempunya bakat penulisan yang sangat besar..perna menerima anugerah tempat ke-3 sayembara Novel remaja sempena jubli emas DBP 2006...
penulisnya adalah Fatimah Syarha Mohd. Noordin...rugi sape xbaca novel nie..novel nie memberi bimbingan dan menekan tentang islam...
nie antara bait2 dr novel tautan Hati..mari kita renungkan bersama2....
jawapanmu tetap yang dahulu
oh, sukarnya mengajakmu!
namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
aku akan terus menyerumu
pada yang satu.
Kugenggam kukuh suatau azimat,
"kita hanya penyeru, bukan penghukum"
Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.
seru dan terus menyeru,
itu tugas Rasul-Mu
akan kuteruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu..
~PerlukaN komeN tentanG FB~
dalam aq on9 td..aq terbaca satu perbincangan tentang "berbaloikah menjaja cinta d'laman sosial"...hebat sungguh perbincangan nie..pandai sungguh dia membuat tajuk "MENJAJA" lg tue..ish2...
mari kita saksikan sikit tentang perdebatan mereka..nie adalah perdebatan antara budak2 tawau..apa komen2 mereka....mari tgok...
tp bg aq la...cinta xd'jaja...klu d'jaja mesti org tue tulis dalam status dia.."aq jual cinta ku"..atau pun.."aq kemaruk cinta lelaki/pompuan"....e2 br la d'katakan menjaja cinta...
aq rasa..cinta fb atau d'lama sosial lain bukan d'jaja....cuma e2 semula jadi...kita berkawan dan berkenalan..cerita kisah2 kita..kongsi masalah..lama2 mungkin bibit persefahaman akan timbul..mungkin dr ctue timbul bibit cinta...kan cinta itu indah..dan berapa ramai pasangan yg berkawen menemui cinta mereka d'FB...ramai..xterbilang dengan jari tangan dan kaki....
so...jgn kata cinta itu d'jaja..xsedap d'dengar yer..sori la...nie cuma pendapat aq..terpulang pada yg mau menerima atau x..ada akal pikir2kan...teruskan cinta kamu..semoga bahagia ^_^.
Thursday, October 28, 2010
~resaH dan RisaU~
Tuesday, October 26, 2010
~berGembira D'tepi Laut TawaU~
~Pertandingan Cipta Logo~
Monday, October 25, 2010
~gembira ku d'ragut~
huhuhu...mcm mn nak cite yer...aq tengah bengang nie...yg teramat sangat...nak cite pun..aq xle..bab nnt ada org terasa plak...e2 akan buat aq bengang lg....yg pasti nie semua berkaitan dengan dia..dia..dia..dia...kakakakkaka!!!!! (ketawa dalam sakit ati)..
aq kecewa sangat dengan perangai makluk tuhan yg satu tue...e2 pun nak heboh2 sampai bg tau org lain..eeee teruk tul..klu nak mrh pasal nie..ikut la..xda ku kesah skrg nie....
sakit ati la...eeeeee nape la ada org mcm nie ya..huhuhu..klu rasa tercabar..jgn cr org lain nak lepaskan tekanan...cr la org yg buat tekanan..so sama2 sattlekan benda tue sama2..nie nak babitkan dengan kwn2 org lain...aduiiiiii matang la sikit ya...walaupun aq nie xde la matang sgt..tp aq tau juga batas nk cite ya...eeeee...@$%#^@&
hilang semua kegembiraan dan keceriaan yg aq ada semalam...sekelip mata ia ilang..xda da rasa gembira tue..yg ada sakit ati...ilang sabar la juga aq semalam....nasib baik la..ada adik n kakak ku d'sebelah..klu x...uiiiiiiii...xtau la nak buat ape......
kecewa ku dengan semua tue...dan jadi mangsanya adalah dia "abg"...dia juga xdapat nak tenang
ati aq yg betul2 da panas semalam...kecewa sgt dia semalam...tp aq xle nak kawal da...semua tue pasal makluk Tuhan paling seksi tue...hahaha..seksi ke??? ko pikir la sendiri....
Awk mf yer...bab ilang sabar mai...awk terpaksa terima mrh2 dr mai...mf sgt k..semoga awk da happy ^_^...
kepada makluk Tuhan paling seksi....ko rasa tercabar ek...huhuhu..nasib la ya....aq xsuruh pun ko nak terasa..sebab benda tue bukan tuk ko...yg ko terasa apa pasal....ko ingat xda benda ke aq nk tulis pasal ko kat dalam blog aq ke??? eeeeee...banyak lg org lain yer....%@&%@&%$....
P/S..nie blog aq...suka ati aq la nak tulis ape....yg terasa tue...sori la yer....aq xda plak tuju pd sape2...xda name kan...jd jgn la nak terasa...sampai mengamuk.....peace (^_^)v
Friday, October 22, 2010
~orang Kenamaan D'suruh Mintak Maaf~
ima ari nie xsihat demam..banyak sangat pikir tentang masalah hidup..tp jgn bimbang..ima akan kuatkan hati..
ok kali nie..ima nak nak cite cikit pasal fb..dalam fb ima semalam..ima telah d'invite pada satu page nie..page nie agak popular sekarang nie..page tue ialah "Rosmah Mansur, Sila Mintak Maaf Pada Umat Islam"..pehhh orang kenamaan tue geng...
berani la sape buat page fb nie..huhu..kebanyakan mereka semua xpuas hati..xpuas hati sebab ape ek..sebab dalam 1 fashion show..telah menggunakan kalimah Muhammad dan Kalimah Allah SWT dalam baju berkenaan..baju tue plak d'design begitu seksi..xda menampakkan langsung tentang pakaian islam..emmmmm..entah la..mn yg betul..mn yg tidak...
page nie pun telah popular sekarang nie...sekarang da mempunyai 22634 member..dan target admin page nak menambah 20k lg...uiiiiii bersemangat mereka...teruskan usaha klu e2 yang d'anggap betul....
aq xda sebelah sape2...pada yang salah mintak la maaf..pada yg xtau..jgn main like je...selidik dlu..bukan nak sokong mana2 pihak..tetapi kita d'ajar supaya siasat dlu kebenarannya..br la kita menuding jari pada pihak berkenaan...
pada imah..peace no war (^_^)v
~berendam AIR mata~
Wednesday, October 20, 2010
~Dahfa TemaN malam Ku~
da makan ke??
malam2 nie kamu semua tgok rancangan ape??
sambil tue mesti ada makan somethingkan
hehehehe
malam nie
aq tgok main bola
kedah vs kelantan
sambil makan DAHFA
tau ke ape itu dahfa?
xtau yer..ala ciannya..nie la dahfa
.
.
.
.
.
v
~MerendeK d'Bandar~
sihat juga ke nie??
blogger datang cnie yer..rajinnya..teruskan usaha
ari nie panas sgt tau kat bandar Tawau
walaupun td pg ada angin kuat..
tp tgh arinya..ampun la panas giler
tp
walaupun panas...aq berkerajinan merendek d'bandar
seorang diri..hanya kerana BOSAN..hahaha
percaya ke aq sorg je..percaya la kerana sesungguhnya ia benar
xda yg benar..melainkan benar belaka..
hahaha..ayat xboleh blah
kat bandar korang tau ke aq makan ape?
nie ha
.
.
.
.
v
KFC CHICKEN RICE
tp entah la...rasa nak mam lg..so dr kita kempunan
baik kita laksanakan je kan hajat tue
hehehehe
Tawau bandar panas
NAMUN
tetap d'hati ku
sayang TAWAU
.
.
.
v
~Hati peRlu KuaT~
terutama warga blogger semua
apa kabar semua..ok juga ke? da sarapan ke?
nak mintak tolong la
.
.
.
.
apa lg dgn ayat2 cinta nie...susah nak kawal la..huhuhu
biasa la kunun wanita nie hati yg lembut
apa lg bila kasih sayang d'semai dalam diri yg dalam
dahaga kasih org jauh..huhu..(sape tue yer)
kerana aq tau sakit & perit bila hati kita d'sakiti
mungkin xsemua kaum adam xtau perit d'sakiti..
kerana ati wanita nie agak sensetif..huhu
aq perlu kuat dalam hal nie...
kerana dia adalah teman..sahabat..dan kawan..
"hai hati..kuat la engkau..
jgn engkau cepat lemah dalam kata2 cinta mereka2 itu"
(^_^)v
Monday, October 18, 2010
~Kerana Cinta..Bunuh Diri~
kepada blogger..sihat ke semua?
kali nie aq nak kongsi dengan korang pasal cinta
hehehe...cinta lg kan..
bab aq suke dengan cinta
tapi kali nie kisah sedey plak
kerana cinta sanggup bunuh diri
sedey kan...
nape la bab cinta sanggup bunuh diri
hebat sgt ke cinta sehingga keputusan itu d'ambil
mungkin pd yg belum alami..xtau penangan cinta
tp pada yg tgh alami...mereka tau nikmat n sengsara cinta
aq ckp kerana perna lalui pengalaman nie
tp xde la sampai nak bunuh diri..cuma ada terpikir
tp iman masi kuat..n pikir keluarga
kesian sungguh..kerana wanita nie terlalu syg pada lelaki itu
pompuan itu janda anak 4..lg sedeykan..
kenapa yer???
kita pikir2 kan bersama
nak tau cite sebenar
jom dgn sy..kita klik cnie
.
.
.
v
BUNUH DIRI KERNA CINTA
peace T_T
Sunday, October 17, 2010
~A.B.C~
~Sihir Ke Jenayah~
wahai Rakyat Malaysia...Terutama blogger sekalian
ada sihat ke semua??..arap2 la ya..
mari kita lihat sejenak
apa yg mahu aq sampai kan nie..arap mendapat
sikit ilmu..n kita sentiasa akan ingat semua
.
.
.
.
mn asal sihir nie??
sihir nie asal dr zaman dahulu kala
dari zaman mesopotamia..mesir..rom dan yunani
sihir telah d'gunakan lg..
d'Malaysia sihir juga telah d'gunakan
seperti sihir santau..pukau..tuju2..ubat guna2 n sebagainya
tapi semua nie membawa kemudaratan kepada org
yg sihir..xda yg membawa kebaikan
sehinggalah...membawa kepada jenayah
boleh membuat seseorang itu membunuh...bunuh diri
rogol dan sebagainya..
ish2 kesian siapa yg d'sihir
semoga kita akan d'jauhkan dr segala
keburukan sihir nie
korang nak ilmu lg banyak tentang nie
aq da sediakan link..korang tinggal klik je..
.
.
.
SIHIR
Saturday, October 16, 2010
~Jom berhenti Merokok~
Friday, October 15, 2010
~intipati Bajet 2011~
- Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
- Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
- Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
- Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
- Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
- RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
- RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
- Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
- Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
- RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
- Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
- RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
- RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
- Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
- RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
- Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
- Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
- Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
- Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
- Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
- RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
- Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
- Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
- Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
- Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
- Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
- RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
- Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
- Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
- Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
- RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
- Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
- RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
- RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
- Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
- Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
- Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
- Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
- Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
- Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
- Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
- Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
- Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
- Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
- Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
- Melancarkan Dana Pencen Swasta.
- Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
- Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
- Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
- Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
- Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
- Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
- Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
- Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
- Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.
~Mencintai Tak Semestinya Memiliki~
Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....
~semoga ini akan memberi kita sedikit pengetahuan~
harus d'ingat..mencintai xperna memiliki
Thursday, October 14, 2010
~Doa pendekat Jodoh~
~Bertuahnya Dapat BF mcm Dia~
Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever
Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....
Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam
Wednesday, October 13, 2010
~Saat Menilai Cinta~
~Wanita Berbaju Putih : punCanya~
Tuesday, October 12, 2010
~Kenapa BerbohonG~
~Bahaya Sihir Pelalau~
Monday, October 11, 2010
~KpLi munCul Lg~
semoga rakyat malaysia sihat2 hendaknya
sape nak jadi cikgu
angkat tangan..hehehehehe
ingat senang ke nak jadi cikgu..uiii
sekarang nie susah oh
apa lg..apply la KPLI sekarang nie
bab KPLI da kuar la..
mari tgok iklan nie
.
.
.
.
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang
berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk
mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR)
Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF
Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG).
1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR)
2. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF)
~so korang boleh la beli no pin kat BSN now~
n nak apply plak korang klik link nie kat bawa k
.
.
.
KPLI
Sunday, October 10, 2010
~pencuri sukses~
nak marah nie...
cilaka punya pencuri
maghrib2 lg sudah d'curi kasut adikku bah
mcm apa jak ctue ya
mau berdoa la
semoga kasut yg ko curi tue
bila ko pakai..akan membawa malang tuk ko ya
siap la ko...
amin
~hadiah Baik & buruk~
kali nie aq nak cite sikit tentang hadiah yer...
bukan hadiah besday..tau ulang tahun
nak tahu ke kisahnya??
jom kita ikuti kisah nie bersama2 aq
.
.
.
.
.
.
Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah
seekor kambing kepada Loqman al-Hakim
seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini
dan berikan saya bahagian yang
terburuk daripadanya untuk saya makan.”
ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi
menghadiahkan seekor kambing dan
berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga
kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini,
bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya,
tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang
dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya
lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk,
dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika
saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?”
tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab:
“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila
keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”
mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan
lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya
dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.
jaga la segala apa yg kita ada
kerana setiap kejadian itu akan mendatangkan
kebaikan dan keburukan
seperti kisah nie
jagalah hati dan lidah kita
kerana d'sana boleh mendatangkan baik N buruk
renungkan2..dan selamat beramal
*hehehe..bunyi mcm ustazah bah*
^_^
Saturday, October 9, 2010
♥KaweN daH♥
warga blogger semua..semoga happy selalu
sihat ke?? kat mn skrg nie??
ati2 je klu tgh drive yer..hehehehe
kawen dah dia??
sape tue yer.ada kaitan ke dgn aq??
hehehe..soalan baik punya..
kawen dah c-Mulan
dengan kekasih hatinya..hehe
namanya lupa plak..sowi
dia kawen dekat kg baru..pasir putih
walaupun keadaan lecak..majlis tetap meriah
semoga berkekalan hendaknya
amin
.
.
.
.
.
nie la pengantin nya
mulan & pasangannya
d'tgh jalan berjumpa plak dengan dak nie..
dak nakal..xde la nakal sangat...tp boleh tahan la juga..
hehehe...wawan jgn marah yer..gurau2 je la..
nie la c-wawan..lama xjumpa dia..
.
.
.
.
.
.
.
perjumpaan 4 sahabat yang sangat susah nak berkumpul
hehehe..dak 5 sc 2..yg comel lg kiut
sape ek???
lela....bad...n.. sal...
sempoi je kan..xda malnya nie..bising yg teramat
xde la amat sgt yer...
.
.
.
.
.