"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Friday, October 8, 2010

♥PenghantaR & penerima HantaraN♥

Salam 1 Malaysia
kepada semua warga Malaysia dan warga blogger
d'cnie aq nak cerita sikit pasal "kawen"

hehehehe
entah ape la halnya aq nak cite nie
tp nie agak penting tau..kepada semua bakal pengantin

kahwin
.
.
.
.

sesuatu yang d'tuntut oleh agama
dan kerana e2 la juga lahirnya adam dan hawa
cewah aq nie mcm ustazah la plak..huhuhu...biar la bukan selalu
hehehhe..aq start nak melalut la nie

setiap kali nak kawin
mesti kita perlu persediaan kan..bermacam2 persedian kene buat
semua keluarga sibuk..mak..ayah abg..kakak..adik..
sepupu sepapat semua la bz memanjang

dan tak terkecuali bakal pengantin laki & pompuan
mahu membeli barang hantaran tuk pasangan masin2
hantaran plak nak yg 1 warna je..kunun nak seragam ler
ada color biru la..pink..puple..kuning..hijau
mcm2 la lagi...& hantaran tue plak barang2 keperluan pasangan masing2

cthnya kat bawah nie
.
.
.
.
.
tapi kat cnie
aq nak cerita pasal hantaran juga
hantaran Al-Quran
so mari kita sama2 ikuti sedikit bingkisan ini
.
.
.
.
.
.

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita
buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas
Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi
yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia
rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju
putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam
lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih
Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah
sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran.
Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la”
tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang
pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat
bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik
yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu
indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah
tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.
Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga
berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya
putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah
juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan
lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat
mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang
ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh
ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya.
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat
dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya
berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil
menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah
nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah
menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang
menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah
ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya
seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir
rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya
hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan
seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di
tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ”
tazkirah sudah bermula. Orang ramai mmg senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak
mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,
kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari
kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai
kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri.
Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya,
menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya
seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz
Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran
pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah
senyum disisi suaminya, Nabil.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu
mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir,
datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh
menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada
Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku.
Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan
untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku
dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah
Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan
kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat
dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul
A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan
kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun
dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'



cakaran-rimau

0 Sudah Luah: