"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Thursday, April 30, 2009

SeLAmaT HaRI IBu..Mak..UmI..MaMY..

Ibu..Emak..Mak..Ummi..Mumy..apa juga panggilan yang kita berikan kepada ibu kita..mereka tetap sama..maukan yang terbaik untuk kita..apa pun yang dia lakukan adalah semata-mata untuk melihat kita gembira, berjaya dan senang. Bak kata pujangga "Engkau La Ratu Hatiku".

Apa pun ibu..terima kasih untuk segalanya..budi, jasa, pengorbanan dan kasih sayang mu akan sentiasa kami yang bergelar anak ini akan sentiasa kenang. Tiada wang ringgit atau sebesar mana pun harta untuk membalas pengorbanan mu selama ini..yang dapat kami lakukan hanya menada tangan kepada Yang Esa..agar ibu sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Terima Kasih IBU...

Inilah Mak AQ...bersamanya adalah anak buah kesayang ku...Terima Kasih Mak...

Wednesday, April 29, 2009

LoGHaT TawAU

Loghat Tawau adalah corak pertuturan bagi penduduk-penduduk di daerah Tawau,Sabah yang sering berevolusi. Ia juga kadang kala dipanggil sebagai Cakap Tawau atau Slang Tawau. Loghat Tawau merupakan campuran banyak bahasa antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina, Bahasa Bumiputra malahan Bahasa Inggeris.

EkSPreSI....

Ekspresi di sini adalah kata-kata reaksi yang sering diluahkan oleh orang Tawau pada masa-masa tertentu. Sama ada ketika terkejut, kagum, merasa curiga atau kurang yakin dan lain-lain.

Senarai kata-kata ekspresi

  • wei , ui atau ai

Digunakan ketika terkejut, marah, hairan ataupun kagum. Contoh penggunaannya: "Wei na, besar jugak bajumu tu!".

  • astaga atau ya ampun

Digunakan apabila merasa terkejut ataupun kecewa.

  • be

Satu ekspresi unik dalam loghat Tawau yang menunjukkan kekaguman, curiga atau tidak yakin.
Contoh penggunaan untuk ketidak yakinan: "Be, betulka jugak cakap mu tu?"

Senarai tegur sapa

  • oi

Satu bentuk sapaan seperti hello atau hai yang merupakan bentuk tidak formal. Boleh juga digunakan untuk menegur kelakuan seseorang, tetapi digunakan dengan nada yang lebih nyaring atau marah.

  • ayo

Ayo di sini membawa maksud selamat tinggal. Ia adalah satu bentuk yang lebih sopan untuk mengucap selamat tinggal.

  • wei

Menegur pihak kedua yang tidak sedar akan kehadiran pihak pertama.

SenArai YanG Berbeza Dari BahaSA MelaYU BakU.......

  • nda - tidak
  • ayo - jom, mari
  • kompek - beg plastik
  • kumpau, boro - sombong
  • betrep - berlagak
  • smat - baik, segak, bagus
  • ngam - sesuai, tepat, betul
  • bachat - tertekan, sakit hati
  • concang - berkongsi
  • piring - pinggan
  • sendok - sudu, senduk
  • sudip - senduk untuk menggoreng
  • sumpak, kebak - merujuk kepada potongan rambut yang tidak rata.
  • kasik - bagi
  • mengasik - memberi, mebuatkan
  • tapok - sembunyi
  • bebeng - air liur basi
  • dok sah - tak payah
  • dak da - tidak ada
  • hambur - berselerak, tidak teratur, tidak bertepatan.
  • jelek - hodoh, buruk
  • temberang - sombong (berbeza dengan maksud sebenar dalam bahasa melayu iaitu cakap besar)
  • kilik , sot - otak tidak betul
  • sembarang - apa-apa sahaja, secara rawak
  • lanjik - merujuk kepada perempuan yang gedik
  • kakus - tandas
  • odol - ubat gigi
  • ember - baldi
  • getek - merujuk kepada lelaki gatal.
  • bikin - buat
  • pegal - tekanan,sakit hati
EvoLUsi PerKAtaAN...

Penduduk Tawau sering menyingkatkan perkataan-perkataan untuk perbualan yang lebih cepat. Pelbagai kata telah disingkatkan. Penyingkatan kata sering dimulakan oleh golongan remaja atau lebih tepat lagi pelajar-pelajar di Tawau.

Beberapa Contoh kata-kata atau frasa-frasa yang berevolusi

  • ndak kepada dak
  • ndak usah kepada dok sah
  • tengok kepada nengok

TaWAU SabaH


Tawau (jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan ibu negeri (Kota Kinabalu) melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara (Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau) dan laut (pelabuhan Tawau).

SeJaRAh....

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun-tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk pada tahun 1898. Pada ketika itu Tawau berada dibawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masakini kepada pihak Inggeris.Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran Kerajaan Tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak, disebabkan Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

GeogRaFI...

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen Kalabakan mengandungi Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan.Terdapat beberapa kawasan hitam yang dikatakan terlibat dengan pelbagai kes jenayah. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah

  1. Batu 4
  2. Kampung Titingan atau Ice Box
  3. Kampung Pisang
  4. Logpond
  5. Kampung Vietnam (tanah merah)
Bahaya..bahaya...hehehhehe...

DemoGRaFI...

Sehingga 2000, populasi Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.

Statistik Populasi (Banci 1991)
Jumlah

245,000

Perempuan 114,416
Lelaki 130,312

Melayu 11,516
Dusun 921
Kadazan 2,808
Bajau 17,094
Murut 1,529
Bumiputera Lain 24,946
Cina 35,097
Orang Indonesia 55,057
Bukan-Bumiputera Lain 3,727

Jumlah Warganegara Malaysia 152,695
Jumlah Warganegara Bukan-Malaysia 92,033

Sebaran Populasi 14.1%
Ketumpatan Populasi 40/km²

nantikan artikel laghat-loghat Tawau plak k...Tunggu...

RatU HaTi Ku

Ini la ratu hatiku...yang banyak memberi semangat dan kekuatan kepada ku..
Dia juga ler yang menangis bersama ku d'kala aq dalam kesedihan dan ada masalah...
Dia la juga yang banyak memberi dorongan kepada ku dalam segala hal hidup..

Terima Kasih MAK..semoga kejayaan anakmu nnt ini dapat memberi mu kebahagian yang selama ini di idamkan oleh seorang yang bergelar Mak..
Jasa dan bakti mu dalam memberi tunjuk ajar akan aQ kenang sampai bila-bila...

Aq dan keluarga lain bangga mempunyai mak sepertimu..walau bapa da xda..
mak xperna baikan kami malah kami xperna merasai kehilangan bapa kerana mak ada tuk memberi semamgat bapa pada kami.....

Tuesday, April 28, 2009

Malam PenGhaYatan RamaDHan


menjadi satu tradisi mengadakan majlis sempena bulan ramadhan al-mubarak....sambil menyiapkan projek untuk kepimpinan dalam subjek yang telah ditawarkan...
ini merupakan antara satu aktiviti yang dilakukan...membuat air untuk para jemputan dan tetamu...

Bersama dalam gambar ini adalah..zusilia..forence..fairuz (moja) dan Aq (Queen Imah)..
semua adalah kenangan di Melaka Bandar Warisan Dunia


Adakah Ini Wabak PemusnaH ManUsIa..Selesema baBI

NI adalah imej TEM (Transmission Electron Micrograph) yang menunjukkan virus A H1N1 'selesema babi' yang tercetus pada 1976. - REUTERS


ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?

Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?

Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.

"Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota."Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.

Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.

Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.

''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.

Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.

Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.

Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP

KemunGkiNaN TsuNamI MelanDa LaGi


Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku..ini hanya la anggapan dan jangkaan orang yang arif tentang kajian bentuk muka bumi dunia..

apa yang kita harapkan sekarang hanya berdoa semoga segala bencana yang dijangka ini hanya satu andaian semata-mata..walauapapun..kita kene la bersiap sedia..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita agar segala bencana ini tidak akan berlaku...

jangan la abaikan maklumat ini...ikhlas dari yang mengambil berat tentang dunia...

Monday, April 27, 2009

ANaK-aNaK Ku..

inilah permata hati ku dan seluruh keluarga ku..mereka la racun dan mereka juga la penawar segala kesediahan dan keluakaan yang berlaku..mereka juga la penguat dan pemberi semangat dikala kami memerlukan sedikit senyuman..buat hati ku sayang..

dari atas sebelah kiri Aiman..Abg Iwan...memek(Hakimi)...Khai..
dibawah sebelah kiri Anisha...Bby cha2..AQ n Bby Haiqal...Kakak Era..Fiqa..Poja..

semua ini adalah sumber inspirasi ku dikala ini...

TUTORIAL PHP

Anda ingin belajar tentang PHP..satu cara progrem sistem yang simple..
senang untuk difahami..

klik di sini untuk mendapatkan download tutorial php dalam bahasa melayu dan mudah di fahami -> TUTORIAL PHP

KebesaraN AllaH

ini adalah salah satu dari kebesaran Allah SWT.. ini menunjukkan bahawa apa juga kehendak-Nya pasti akan berlaku. tidak kira hari, masa, tempat dan keadaan..

Banyak lagi kebesaran Allah yang telah berlaku dalam dunia yang fana ini..
boleh download gambar-gambar di sini...xle link so copy dalam tab address je ler...
KEBESARAN ALLAH

GanGGuan FungSi UsuS

Sindrom Usus Rengsa atau Irritable Bowel Syndrome (IBS) bukanlah satu penyakit yang kritikal atau serius. Sungguhpun begitu, ia mengganggu aktiviti harian.

MASALAH kembung perut mungkin mendatangkan kegusaran kepada empunya diri. Malu berhadapan dengan khalayak ataupun tidak tahu bagaimana menyembunyikan keadaan perut yang seperti membuncit umpama wanita hamil antara alasan utama yang diberikan.

Masalah ini seringkali mengganggu golongan dewasa, lebih-lebih lagi wanita yang berusia 25 hingga 40 tahun. Justeru, mereka sanggup mengenakan baju bersaiz besar atau berwarna gelap bagi menutup perut yang agak buncit.

Pelbagai langkah perubatan dan petua tradisional dilakukan, tetapi saiz abdomen masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Keterangan lancut masuk ke laman link ini: Seterusnya....

SeLamaT DataNG

Selamat datang ke laman yang tidak seberapa ini..
sekiranya anda mempunyai hebahan atau hendak berkongsi maklumat dengan rakyat malaysia khususnya, boleh la menghubungi saya dan menghantar maklumat kepada saya agar saya boleh menyampaikan pesanan dan cerita dalam blog ini.
terima kasih...