"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Wednesday, April 29, 2009

LoGHaT TawAU

Loghat Tawau adalah corak pertuturan bagi penduduk-penduduk di daerah Tawau,Sabah yang sering berevolusi. Ia juga kadang kala dipanggil sebagai Cakap Tawau atau Slang Tawau. Loghat Tawau merupakan campuran banyak bahasa antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina, Bahasa Bumiputra malahan Bahasa Inggeris.

EkSPreSI....

Ekspresi di sini adalah kata-kata reaksi yang sering diluahkan oleh orang Tawau pada masa-masa tertentu. Sama ada ketika terkejut, kagum, merasa curiga atau kurang yakin dan lain-lain.

Senarai kata-kata ekspresi

  • wei , ui atau ai

Digunakan ketika terkejut, marah, hairan ataupun kagum. Contoh penggunaannya: "Wei na, besar jugak bajumu tu!".

  • astaga atau ya ampun

Digunakan apabila merasa terkejut ataupun kecewa.

  • be

Satu ekspresi unik dalam loghat Tawau yang menunjukkan kekaguman, curiga atau tidak yakin.
Contoh penggunaan untuk ketidak yakinan: "Be, betulka jugak cakap mu tu?"

Senarai tegur sapa

  • oi

Satu bentuk sapaan seperti hello atau hai yang merupakan bentuk tidak formal. Boleh juga digunakan untuk menegur kelakuan seseorang, tetapi digunakan dengan nada yang lebih nyaring atau marah.

  • ayo

Ayo di sini membawa maksud selamat tinggal. Ia adalah satu bentuk yang lebih sopan untuk mengucap selamat tinggal.

  • wei

Menegur pihak kedua yang tidak sedar akan kehadiran pihak pertama.

SenArai YanG Berbeza Dari BahaSA MelaYU BakU.......

  • nda - tidak
  • ayo - jom, mari
  • kompek - beg plastik
  • kumpau, boro - sombong
  • betrep - berlagak
  • smat - baik, segak, bagus
  • ngam - sesuai, tepat, betul
  • bachat - tertekan, sakit hati
  • concang - berkongsi
  • piring - pinggan
  • sendok - sudu, senduk
  • sudip - senduk untuk menggoreng
  • sumpak, kebak - merujuk kepada potongan rambut yang tidak rata.
  • kasik - bagi
  • mengasik - memberi, mebuatkan
  • tapok - sembunyi
  • bebeng - air liur basi
  • dok sah - tak payah
  • dak da - tidak ada
  • hambur - berselerak, tidak teratur, tidak bertepatan.
  • jelek - hodoh, buruk
  • temberang - sombong (berbeza dengan maksud sebenar dalam bahasa melayu iaitu cakap besar)
  • kilik , sot - otak tidak betul
  • sembarang - apa-apa sahaja, secara rawak
  • lanjik - merujuk kepada perempuan yang gedik
  • kakus - tandas
  • odol - ubat gigi
  • ember - baldi
  • getek - merujuk kepada lelaki gatal.
  • bikin - buat
  • pegal - tekanan,sakit hati
EvoLUsi PerKAtaAN...

Penduduk Tawau sering menyingkatkan perkataan-perkataan untuk perbualan yang lebih cepat. Pelbagai kata telah disingkatkan. Penyingkatan kata sering dimulakan oleh golongan remaja atau lebih tepat lagi pelajar-pelajar di Tawau.

Beberapa Contoh kata-kata atau frasa-frasa yang berevolusi

  • ndak kepada dak
  • ndak usah kepada dok sah
  • tengok kepada nengok

0 Sudah Luah: