"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Sunday, August 23, 2009

MerdEKA..MerdEKA..

Tanggal 31 Bulan 8 57...merdeka..merdeka...

inilah antara lirik-lirik lagu merdeka yang cukup popular di malaysia...xberapa lama lagi kita akan menyambut kemerdekaan..apakah sumbangan kita dalam malaysia setakat ini..adakah kita telah menunaikan kewajipan kita sebagai seorang rakyat malaysia??? LU pikir La sendiri....

Dibawah pemerintahan PM kita telah melakar satu lagi sejarah apabila anak perdana menteri yang lepas memegang tampok pemerintahan dengan satu slogan..1 MALAYSIA...

apapun malaysia tetap dihati kita...merDEKA..merdeka...yang ke 52

Saturday, August 22, 2009

RamadHan KemBALI.....

salam semua...salam ramadhan...

wah best ramadhan da tiba lagi..boleh la buat amal lebih nie..hehehhehe...sekali untuk kuruskan badan kita...dari susah-susah nak diet..baik pose ada juga baik macam 2 in 1..hahhaha..
apa-apa pun dalam bulan pose nie kita sama-sama la mengambil berkat dalam bulan mulia nie...tingkatkan amalan..latih diri supaya bersabar lagi....semoga kawan-kawan dapat berkatnya..apa pun pose la yer selama 30 hari nie.
.
hayati setiap bait ramadhan di bulan ini..jangan ingat nak raya je..pose xnak plak..hehhehehehe

Thursday, June 11, 2009

Mahu Mati DiseBABkan CinTA

Aduihai remaja zaman sekarang nie..macam-macam yang di dengar...ada yang sanggup mati disebabkan cinta..kuat betul penangan cinta nie yer..

tapi klu kita pikirkan...klu pompuan yang nak bunuh diri sebab gagal dalam cinta itu kita boleh terima lagi..tapi ada satu cite yang saya baca dalam internet..lelaki sanggup nk kelar leher sendiri kerana kekasihnya mahu memutuskan hubungan cinta mereka..tak ke pelik tue..jadi lelaki kene la tabah dan kuat hadapi semua..bak kata pepatah..bunga bukan sekuntum...

apa-apa pun..kepada remaja yang sedang bercinta, dan yang sedang dalam pencarian cinta..hati-hati la..cinta xselalunya indah....tapi cinta juga terlalu indah untuk di nikmati..
apa pun pikirkan setiap segi apabila mahukan sesuatu dari cinta..jangan biarkan perasaan mengawal diri..tapi gunakan otak yang waras..

kepada QueenImah sendiri..tabahkan diri dalam menghadapi ujian Allah ini..pasti ada rancangan yang lebih baik yang telah dirancang oleh Allah untuk anda dan manusia lain...terima semua dengan pasrah...

Wednesday, June 10, 2009

IndaHNYA menjadi Seorang Wanita IslaM..

ISTIMEWANYA PEREMPUAN ISLAM

Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :-
Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,
Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri,
Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Hakikatnya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik.
Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.
Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.
Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu
menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu
menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini,
dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta
pertanggung jawabnya terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya,ayahnya,anak lelakinya
dan saudara lelakinya. Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya
cukup dengan 4 syarat iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan
tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya Allah.begitu sayangnya Allah kepada perempuan.

Friday, May 29, 2009

10 Subjek Tuk SPM..

Denagr berita..ada menyatakan bahawa untuk subjek tahun bagi SPM..hanya akan di maksimumkan kepada 10 subjek sahaja...adakah ini berita menggembirakan sebahagian pelajar yang sudah mempunyai taget tahun depAN untuk mengambil lebih?????

tapi bg ibu bapa, mungkin ia salah satu cara untuk mengurangkan beban kepada pembelajaran anak mereka..duit tuisen juga dapat d'kurangkan...

walauapapun yang d'sarankan...kita perlu ingat sebagai pelajar..perlu belajar dengan lebih baik dan baik untuk masa depan kita sendiri, keluarga dan negara...jadikan malaysia sebagai sebuah negara yang disegani di dunia kerana dapat melahirkan warga bijak pandai...

malaysia kami bersama mu....

Wednesday, May 27, 2009

ManUsIA....MalaIKAT....SyaItAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak
Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah,
ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz

Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam,
mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...
dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,
pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde
style langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai
manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..
aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam,
bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..
rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mestiseronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

renung2kan..selamat berpikir..kita mahu jadi yang mana satu?????

Tuesday, May 26, 2009

PeniNG...BanyaK DesaKAN

Aduiiii tau je la..da nak abis praktikal nie..keje plak semakin berlambak..dengan laporan yang belum siap..apa lagi buku log yang xbuat2 lg nie...mmg sakit ler...

nie masalah lagi yang menanbanhkan pusing..bila ada keje orang lain yang kene kita lakukan...lagi la buat sakit ati..kita da buat, dia banyak songeh plak..nak yang mcm nie ler..nak mcm tue ler...eeee ikut geram hati..nak juga marah..tapi e2 la...xle nak marah...kn queen nie orang baik n sabar orang dia..ceh2..puji diri sendiri nampaknya...huhuhuhu..

semoga masalah praktikum nie dapat habis la dgn jayanya...amin..
kengkawan doakan sy berjaya lalui semua ini yer....

Wednesday, May 20, 2009

RogOL...Apa NAK JAdi nie...

Kenapa perkara ini sering berlaku..tidak kira la pada kanak-kanak, remaja dan sakitnya bila mendengar bila orang tua juga menjadi mangsa melampias nafsu binatang manusia yang xda akal pikiran nie...Kes terbaru pasal rogol, mangsa remaja 2 bersaudara..di rogol oleh teman lelaki mereka..apa punya teman lelaki klu maruah teman wanita pun xle nak jaga..cukup sedih..bukan setakat teman lelaki yang rogol..kawan-kawan mereka diajak sama merasainya..memang kurang ajar lelaki-lelaki jenis mcm nie....

Walauapapun...wahai kaum wanita berhati-hati la pada setiap lelaki..bukan tidak percaya tapi berwaspada..sedangkan bapak boleh rogol anak sendiri inikan lelaki lain yang xda hubungan talian..
jangan terlalu percaya kepada orang yang baru kita kenal..mungkin dia juga punya niat yang buruk..

wahai kaum lelaki..ingat la..wanita bukan barang untuk kamu rosakkan sesuka hati..wanita juga punya harga diri..ingat mcm mn klu benda ini terjadi pada keluarga kamu sendiri..malu yang teramat sangat..so INGAT lah...

Tuesday, May 19, 2009

AnjING Hutan..BAHAYA

MAKLUMAT BARKAITAN HAIWAN ANJING HUTAN D'MALAYSIA..BACA2 LA YER..
INI SEMUA DISEBABKAN OLEH PEMBALAKAN HARAM YANG BERLELUASA D'MALAYSIA KINI....OLEH SEBAB ITU ANJING2 INI BERTINDAK GANAS..NAK BALAS DENDAM...

NaDAL kecunDANg D'Madrid

Kesian NADAL kecewa kerana kalah d'tangan ROGER FEDERER malam semalam...NADAL adalah pemain no 1 dunia kalah setelah FEDERER menunjukkan aksi yang cemerlang d'gelanggang d'Madrid pada padang tanah liat...D'ketahui NADAL tidak berapa suka bermain d'gelanggang tanah liat..oleh sebab itu dia kalah....

walau bagaimana pun..ada lagi perlawanan terbuka perancis...Taget NADAL dan FEDERER adalah untuk merebut kejuaran d'sana...terbuka perancis ini akan d'pertahankan oleh NADAL kerana telah menang selama 3 tahun berturut...

SEMOGA NADAL DAN FEDERER MENCAPAI MISI MEREKA DIPERSADA SUKAN TENIS...

Monday, May 18, 2009

AF7...SUDAH BERLALU...

Sape juara AF7 nie.....sape lagi klu bukan Hafiz....
hahahhaaha...persembahan hafiz malam tue tidak terlalu yang diharapkan oleh peminat...

rasanya persemahan pada konsert mingu2 yang lepas lagi menyerlah..
tapi keputusan pada peminat..terima la apa yang berlaku....

tapi kenapa plak dikatakan hafiz tidak tahu hala tuju dia...jangan cepat melatah dengan statment ini, statment ini menyatakan kerana hafiz akan membuat perbincangan dengan pihak astro untuk meminta meyambung pelajaran yang dia tinggal..tapi dia juga akan teruskan dgn nyanyian..so walauapapun keputusan yang hafiz buat..semoga berjaya....

BayI D'BuanG

Apalah salah dan dosa bayi ini...klu rasa tidak mampu nak jaga..jangan la buang merata tempat..apa lagi kat tong sampah..sudah hilang ke sifat kemanusiaan pada diri kita..

tolong la..jika tidak mampu hantar la ke pusat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi atau mana sahaja yang layak..jangan di buang...tidak ke sakit masa melahirkan..bertarung nyawa, tapi akhirnya bayi yang baru dilahirkan di buang dalam tong sampah...itu kah yang dipanggil manusia....

Ya Allah berilah keinsafan kepda sesiapa yang tergerak hati ingin membuat perkara terkutuk ini..dan ko berilah pengajaran kepada yang aq dan seluruh umat manusia...kerana membunuh bayi itu satu dosa besar....

Jeng..JENG...JeNg

hahahha...hari ini aq akan submit laporan...
berdebar rasanya..entah ape la yang akan di komen nie...
terima je la..hehheheheh....

jangan banyak pembetulan sudah..ada satu bab lagi xbuat nie..
dfd xbuat lagi..pening ooo nak buat benda dfd nie....
sakit kepala cik nie..

Sunday, May 17, 2009

DoaKU...Ya ALLaH

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah
hatinya,perluaskanl ahrezekinya,
dekatknlah hatinya kepada
kebaikan,jauhkanlah hatinya pada
kejahatan,tunaikanl ah hajatnya baik
hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia
menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia
dalam jurang cinta nafsu?Jagalah
hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada
hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di
jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
meyeru manusia kejalanMu jika kau
halalkan aku merindui
sahabatku,janganlah aku melampaui
batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih
sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku
kesenangan,ketenang an,kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN

Saturday, May 16, 2009

H1NI...VirUS MenYUsaHKaN

WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN....DENGARLAH!!!!!!

virus ini sangat merbahaya kepada semua rakyat dunia..khususnya rakyat malaysia..
sekiranya ada tanda-tanda yang menjurus ke arah virus malapetaka ini..baiklah pergi terus ke hospital atau klinik...jangan biarkan ia berlarutan...selamatkan diri, keluarga, jiran, negeri, nagara dan dunia..
TOLONG LA RAKYAT MALAYSIA...JAGA KESIHATAN KITA....

kepada yang telah melawati negara luar yang ada jangkitan virus menyusahkan ini, sila la melaorkan diri ke hospital untuk rawatan...PLEASE......

LapoRAn..AkhiR

Wah..laporan bab 1 and bab 2 da siap..yahuuu...nak hantar malam nie la...
tapi harap semua ok je la d'mata penyelia praktikal aq....
ya Allah lembutkan la hati dia masa semak laporan nie nanti..

AMIN...

Friday, May 15, 2009

TalaSEmiA

Apa itu TalaseMIA????

Talasemia ialah satu penyakit yang diwarisi iaitu penyakit kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan bahan yang mengangkut oksigen dan memberi warna merah kepada darah.

Gejala-gejala Penghidap TalaseMIA...

  • keletihan yang teruk
  • sesak nafas
  • jaundis
  • limpa membesar
  • kecacatan tulang
dengan kata lain..ini adalah penyakit yang sangat serius sekiranya kita menghidapinya...
masa depan anak-anak kita akan ditentukan dgn kesihatan kita sekarang..
sudah ka kita membuat penyaringan darah?????
bertindak la segera......

Lawatan BesTArI

Inilah lawatan yang sempat aq ikut bersama guru-guru BesTarI...
sangat menarik hati..berbagai aktiviti yang dibuat....

ini d'dewan SMESH..sekolah Bestari TUe

Lawatan P Lok Kawi..

nie plak dekat kandang burung unta.....

banyak pengalaman ada bersama guru bestari nie...macam gelagat yang terkeluar dari mereka...
yang pasti pelajaran e2 tetap ada...


Wednesday, May 13, 2009

Thursday, April 30, 2009

SeLAmaT HaRI IBu..Mak..UmI..MaMY..

Ibu..Emak..Mak..Ummi..Mumy..apa juga panggilan yang kita berikan kepada ibu kita..mereka tetap sama..maukan yang terbaik untuk kita..apa pun yang dia lakukan adalah semata-mata untuk melihat kita gembira, berjaya dan senang. Bak kata pujangga "Engkau La Ratu Hatiku".

Apa pun ibu..terima kasih untuk segalanya..budi, jasa, pengorbanan dan kasih sayang mu akan sentiasa kami yang bergelar anak ini akan sentiasa kenang. Tiada wang ringgit atau sebesar mana pun harta untuk membalas pengorbanan mu selama ini..yang dapat kami lakukan hanya menada tangan kepada Yang Esa..agar ibu sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Terima Kasih IBU...

Inilah Mak AQ...bersamanya adalah anak buah kesayang ku...Terima Kasih Mak...

Wednesday, April 29, 2009

LoGHaT TawAU

Loghat Tawau adalah corak pertuturan bagi penduduk-penduduk di daerah Tawau,Sabah yang sering berevolusi. Ia juga kadang kala dipanggil sebagai Cakap Tawau atau Slang Tawau. Loghat Tawau merupakan campuran banyak bahasa antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina, Bahasa Bumiputra malahan Bahasa Inggeris.

EkSPreSI....

Ekspresi di sini adalah kata-kata reaksi yang sering diluahkan oleh orang Tawau pada masa-masa tertentu. Sama ada ketika terkejut, kagum, merasa curiga atau kurang yakin dan lain-lain.

Senarai kata-kata ekspresi

  • wei , ui atau ai

Digunakan ketika terkejut, marah, hairan ataupun kagum. Contoh penggunaannya: "Wei na, besar jugak bajumu tu!".

  • astaga atau ya ampun

Digunakan apabila merasa terkejut ataupun kecewa.

  • be

Satu ekspresi unik dalam loghat Tawau yang menunjukkan kekaguman, curiga atau tidak yakin.
Contoh penggunaan untuk ketidak yakinan: "Be, betulka jugak cakap mu tu?"

Senarai tegur sapa

  • oi

Satu bentuk sapaan seperti hello atau hai yang merupakan bentuk tidak formal. Boleh juga digunakan untuk menegur kelakuan seseorang, tetapi digunakan dengan nada yang lebih nyaring atau marah.

  • ayo

Ayo di sini membawa maksud selamat tinggal. Ia adalah satu bentuk yang lebih sopan untuk mengucap selamat tinggal.

  • wei

Menegur pihak kedua yang tidak sedar akan kehadiran pihak pertama.

SenArai YanG Berbeza Dari BahaSA MelaYU BakU.......

  • nda - tidak
  • ayo - jom, mari
  • kompek - beg plastik
  • kumpau, boro - sombong
  • betrep - berlagak
  • smat - baik, segak, bagus
  • ngam - sesuai, tepat, betul
  • bachat - tertekan, sakit hati
  • concang - berkongsi
  • piring - pinggan
  • sendok - sudu, senduk
  • sudip - senduk untuk menggoreng
  • sumpak, kebak - merujuk kepada potongan rambut yang tidak rata.
  • kasik - bagi
  • mengasik - memberi, mebuatkan
  • tapok - sembunyi
  • bebeng - air liur basi
  • dok sah - tak payah
  • dak da - tidak ada
  • hambur - berselerak, tidak teratur, tidak bertepatan.
  • jelek - hodoh, buruk
  • temberang - sombong (berbeza dengan maksud sebenar dalam bahasa melayu iaitu cakap besar)
  • kilik , sot - otak tidak betul
  • sembarang - apa-apa sahaja, secara rawak
  • lanjik - merujuk kepada perempuan yang gedik
  • kakus - tandas
  • odol - ubat gigi
  • ember - baldi
  • getek - merujuk kepada lelaki gatal.
  • bikin - buat
  • pegal - tekanan,sakit hati
EvoLUsi PerKAtaAN...

Penduduk Tawau sering menyingkatkan perkataan-perkataan untuk perbualan yang lebih cepat. Pelbagai kata telah disingkatkan. Penyingkatan kata sering dimulakan oleh golongan remaja atau lebih tepat lagi pelajar-pelajar di Tawau.

Beberapa Contoh kata-kata atau frasa-frasa yang berevolusi

  • ndak kepada dak
  • ndak usah kepada dok sah
  • tengok kepada nengok

TaWAU SabaH


Tawau (jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan ibu negeri (Kota Kinabalu) melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara (Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau) dan laut (pelabuhan Tawau).

SeJaRAh....

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun-tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk pada tahun 1898. Pada ketika itu Tawau berada dibawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masakini kepada pihak Inggeris.Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran Kerajaan Tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak, disebabkan Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

GeogRaFI...

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen Kalabakan mengandungi Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan.Terdapat beberapa kawasan hitam yang dikatakan terlibat dengan pelbagai kes jenayah. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah

  1. Batu 4
  2. Kampung Titingan atau Ice Box
  3. Kampung Pisang
  4. Logpond
  5. Kampung Vietnam (tanah merah)
Bahaya..bahaya...hehehhehe...

DemoGRaFI...

Sehingga 2000, populasi Tawau dianggarkan berjumlah kira-kira 304,888 orang penduduk.

Statistik Populasi (Banci 1991)
Jumlah

245,000

Perempuan 114,416
Lelaki 130,312

Melayu 11,516
Dusun 921
Kadazan 2,808
Bajau 17,094
Murut 1,529
Bumiputera Lain 24,946
Cina 35,097
Orang Indonesia 55,057
Bukan-Bumiputera Lain 3,727

Jumlah Warganegara Malaysia 152,695
Jumlah Warganegara Bukan-Malaysia 92,033

Sebaran Populasi 14.1%
Ketumpatan Populasi 40/km²

nantikan artikel laghat-loghat Tawau plak k...Tunggu...

RatU HaTi Ku

Ini la ratu hatiku...yang banyak memberi semangat dan kekuatan kepada ku..
Dia juga ler yang menangis bersama ku d'kala aq dalam kesedihan dan ada masalah...
Dia la juga yang banyak memberi dorongan kepada ku dalam segala hal hidup..

Terima Kasih MAK..semoga kejayaan anakmu nnt ini dapat memberi mu kebahagian yang selama ini di idamkan oleh seorang yang bergelar Mak..
Jasa dan bakti mu dalam memberi tunjuk ajar akan aQ kenang sampai bila-bila...

Aq dan keluarga lain bangga mempunyai mak sepertimu..walau bapa da xda..
mak xperna baikan kami malah kami xperna merasai kehilangan bapa kerana mak ada tuk memberi semamgat bapa pada kami.....

Tuesday, April 28, 2009

Malam PenGhaYatan RamaDHan


menjadi satu tradisi mengadakan majlis sempena bulan ramadhan al-mubarak....sambil menyiapkan projek untuk kepimpinan dalam subjek yang telah ditawarkan...
ini merupakan antara satu aktiviti yang dilakukan...membuat air untuk para jemputan dan tetamu...

Bersama dalam gambar ini adalah..zusilia..forence..fairuz (moja) dan Aq (Queen Imah)..
semua adalah kenangan di Melaka Bandar Warisan Dunia


Adakah Ini Wabak PemusnaH ManUsIa..Selesema baBI

NI adalah imej TEM (Transmission Electron Micrograph) yang menunjukkan virus A H1N1 'selesema babi' yang tercetus pada 1976. - REUTERS


ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?

Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?

Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.

"Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota."Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.

Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.

Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.

''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.

Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.

Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.

Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP

KemunGkiNaN TsuNamI MelanDa LaGi


Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku..ini hanya la anggapan dan jangkaan orang yang arif tentang kajian bentuk muka bumi dunia..

apa yang kita harapkan sekarang hanya berdoa semoga segala bencana yang dijangka ini hanya satu andaian semata-mata..walauapapun..kita kene la bersiap sedia..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita agar segala bencana ini tidak akan berlaku...

jangan la abaikan maklumat ini...ikhlas dari yang mengambil berat tentang dunia...

Monday, April 27, 2009

ANaK-aNaK Ku..

inilah permata hati ku dan seluruh keluarga ku..mereka la racun dan mereka juga la penawar segala kesediahan dan keluakaan yang berlaku..mereka juga la penguat dan pemberi semangat dikala kami memerlukan sedikit senyuman..buat hati ku sayang..

dari atas sebelah kiri Aiman..Abg Iwan...memek(Hakimi)...Khai..
dibawah sebelah kiri Anisha...Bby cha2..AQ n Bby Haiqal...Kakak Era..Fiqa..Poja..

semua ini adalah sumber inspirasi ku dikala ini...

TUTORIAL PHP

Anda ingin belajar tentang PHP..satu cara progrem sistem yang simple..
senang untuk difahami..

klik di sini untuk mendapatkan download tutorial php dalam bahasa melayu dan mudah di fahami -> TUTORIAL PHP

KebesaraN AllaH

ini adalah salah satu dari kebesaran Allah SWT.. ini menunjukkan bahawa apa juga kehendak-Nya pasti akan berlaku. tidak kira hari, masa, tempat dan keadaan..

Banyak lagi kebesaran Allah yang telah berlaku dalam dunia yang fana ini..
boleh download gambar-gambar di sini...xle link so copy dalam tab address je ler...
KEBESARAN ALLAH

GanGGuan FungSi UsuS

Sindrom Usus Rengsa atau Irritable Bowel Syndrome (IBS) bukanlah satu penyakit yang kritikal atau serius. Sungguhpun begitu, ia mengganggu aktiviti harian.

MASALAH kembung perut mungkin mendatangkan kegusaran kepada empunya diri. Malu berhadapan dengan khalayak ataupun tidak tahu bagaimana menyembunyikan keadaan perut yang seperti membuncit umpama wanita hamil antara alasan utama yang diberikan.

Masalah ini seringkali mengganggu golongan dewasa, lebih-lebih lagi wanita yang berusia 25 hingga 40 tahun. Justeru, mereka sanggup mengenakan baju bersaiz besar atau berwarna gelap bagi menutup perut yang agak buncit.

Pelbagai langkah perubatan dan petua tradisional dilakukan, tetapi saiz abdomen masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Keterangan lancut masuk ke laman link ini: Seterusnya....

SeLamaT DataNG

Selamat datang ke laman yang tidak seberapa ini..
sekiranya anda mempunyai hebahan atau hendak berkongsi maklumat dengan rakyat malaysia khususnya, boleh la menghubungi saya dan menghantar maklumat kepada saya agar saya boleh menyampaikan pesanan dan cerita dalam blog ini.
terima kasih...