"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Friday, December 31, 2010

-Selamat Tahun Baru 2011-

.....2010 akan melaburkan tirai tak sampai 12jam lagi. gembira nak meyambut tahun 2011 tetapi adakah kita telah melaksanakan segala yang tertangguh d'tahun 2010?...........

......semoga tahun 2011 akan memberi kita seribu kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan segala azam yang kita semat d'hati. perbaiki segala yang lemah d'tahun 2010 dengan membuat segala persiapan yang baik......

SELAMAT TAHUN BARU 2011 to all my friends d'mn sahaja berada..kepada geng blogger yang sentiasa berkunjung ke blog ima....love u all

Thursday, December 30, 2010

-Tanda Yang Kamu da LAma Single -

.........wow aq single!!!!! hehehe.........

lupakan apa yang d'atas tue...kali nie ima nak cerita pasal lelaki, walaupun blog ima nie cerita tuk pompuan je...tp ima pikir nie adalah satu perkongsian pintar..cewahhhh ayat xle tahan tue..kwang kwang kwang. mari kita lihat cerita d'sebalik tanda2 yang lelaki nie sudah lama single tau dalam ayat melayu masi solo gitu ^__^

.....nie dia tanda-tandanya, wahai kaum adam jom baca......

1. Perasan semua awek suka pada kau

Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari tadi.


2. Membina tabiat makan yang tidak elok

Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.


3. Kau banyak sangat main games

Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?


4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan

Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.


5. Kau mula stalk awek lama kau

Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.


.....sekian dlu tanda2nya..korang rasa ok tak..hahahahaha......

namun pada yang da in relationship tue jgn la plak mengaku single..parah ooo awek2 korang makan hati...klu makan hati ayam tak pe..nie klu makan hati sampai sakit..tak ke parah tue..so layan la mereka dengan jujur dan penuh kasih sayang


p/s: hehehe ima dalam hubungan..tp terkadang nakal sikit.oppsss!!! hehe

-Cerita sarapaN paGI-

.......hehehehehe gelak dlu yer, boleh kan. cewah senyum da kan ima. 2 ari nie asyik emo je kan..hahahaha malunya sy yer..kuikuikuikui......

pagi nie lepas je kemas2 umah..dapat msj ler..yer msj dr orang la..dalam bermsj rasa perasaan terbuai plak...ttiba berangan..opssss bukan pelamin angan ku musnah k...hehehehe..berangan pasal org te la..dalam berangan tue..ima nak buat air la tuk bekpes...

......nak d'jadikan cerita, sambil membuat air tue kan tgh msj. ima buat air cuma minuman 3 in 1 so senang la kan...nak d'jadikan cerita minuman pagi ima nie. ima tak sedar yang ima memasukkan sekali plastik minuman tue..ima tak sedar langsung..lepas da tuang air dan kaco air tue..baru la ima perasan yang plakstik trbancuh sekali.....

last-last mak tegur ima sendiri..hahahahha..kenapa ko nie pepagi da melamun...tergelak sendiri ima nampak air ima tue...hahahahaha..penangan msj nie membuat pagi ima dalam ceria dan trlupa masalah besar buat seketika..alhamdulillah...terima kasih yer awak..awak da kembalikan kebahagian dalam diri ima buat seketika...

......semoga pagi ceria ini akan membuat ima akan terus bahagia melalui ari ini. sebab ima tak mahu memikirkan dahulu masalah besar yang menimpa ima..xmo emo2 lagi...ima hanya menunggu saat genting tuk berjumpa awak dalam merungkai segala permasalahan kita.

p/s: awak terima kasih walalupun hanya tuk seketika...marah awak pada sy..rupanya tuk kabaikan ima...ima da nak makan lagi...^___^

Wednesday, December 29, 2010

-duhai Duka PergI La-

........pagi ku kali ini tanpa ada semangat. tanpa senyum dan tanpa salam. kulalui dengan penuh hambar dan kelesuan. aku tidak menatap nyawa ku yang selalu temani malam ku....

terkadang nyawa ku sentiasa memekik2 mintak tuk d'belai namun 2 malam tanpa bintang ia sepi tanpa suara.....oooo sungguh malam2 ku gelap tanpa cahaya bulan...

......secawan kopi yang ku bancuh ku harap memberi sedikit ku tenaga dalam melalui hari ini yang mungkin menuntut aku tuk menangis lagi. wahai secawan kopi salurkan tenaga yang ada pada mu agar aku kuat seperti mu dalam menerima segala penjelasan yang akan ku terima hari ini dari dia yang ku tunggu......

......2 malam tanpa bintang bagaikan mencabut hati ini dari badan. hati nie bagaikan berhenti tuk berfungsi seketika. KERANA ia tidak menerima oksigen yang betul....

aku kah yang telah mencabutnya dengan sengaja atau aku perlu salahkan mereka mereka ini yang dengan kejam merobek dan membuangnya begitu sahaja. wahai hatiku kembali la engkau semula kepada ku. KERANA aku tersangat membutuhkanmu untuk terus berperasan dan menikmati dunia

.......2 malam tanpa bintang telah menjadi saksi airmata tak berhenti mengalir. bila terkenangkan hati dan nyawa tidak bersatu maka airmata juga tak henti menangis kehilangannya. tipu klu semua ini tak ada kaiatan kerana tanpa nyawa hati dan airmata..aku bukan la seperti aku yang dulu..KENAPA kerana aku akan menjadi hiprokit kepada diri sendiri..mahu membahagiakan orang lain namun hati ku merintih kesakitan.......

duhai duka pergi la engkau dari hidup ku...aku tak mintak kau pergi terus kerana tanpa mu..aku juga akan merinduimu kerana duka la aku ingin d'MANJA...namun kali ini wahai duka, aku meminta pergi la buat seketika kerana aku tak berdaya dalam melayan karenah mu yang sangat menyiksakan kali nie.. kau begitu jahat padaku kali ini..tidak seperti duka yang dulu

p/s: fuhhhh terima kasih kepada DOKTOR CINTA yang ada kalah aq dalam kelukaan..semangat mu kali ini memberi aq sedikit tenaga..^___^

Tuesday, December 28, 2010

-Jeritan BatinKu-

...oh dengar jeritan batin ku lalalala~ lagu dari almarhum Tan Sri P.Ramlee.begitu la indanya senikatanya yang terus menjadi siulan anak muda dari dlu sampai sekarang........

e2 la kini ku alami..dengar kah dia jeritan batinku? huhuhu..psttt "awak dengar ke jeritan batin nie" hahahaha sebab mn ada suara kuar kan...opsss terlawak plak..nie la perangai ku tuk hilangkan sikit keseraman hati ini

aduiii indahnya klu kita seperti picture2 ini..bersama tanpa ada yang menghalang..orang kata berdua lebih baik..bertiga kita akan gila..hehehehe...namun semua nie mungkin hanya tinggal mimpi dan angan2 je kot...apa nak d'kata hujung2 tahun nie..impian yang belum terlaksana... hahaha aq merepek lagi..tapi ini la kenyataan....

bila melihat sepasang burung merpati nie..aq teringin terbang bebas bersama dia..namun e2 juga impian yang belum terlaksana..mcm mn nak terlaksana klu tak boleh jadi burung...kikikiki..tp xnak juga aq jadi burung sebab penat terbang dan akan mati d'tembak oleh orang yang tak suka..hahahaha opsss sape terasa maaf..nie blog aq.....

batin ku menjerit2 memanggil2 nama mu selalu..walau sehari tak jumpa rasa seperti setahun lamanya..wahhh penangan cinta oooo...tapi xsemanis yang d'sangka..klu kecewa jadi la seperti ku..menangis berlagu laluna...huhuhu (T_T)....TERIMA KASIH PADA YANG MEMBERI LUKA INI..SEMUA LA YANG MELUKAKAN HATI NIE...

p/s: awak dengar tak jeritan batin sy nie..penat da menjerit...sampai kepala nak jadi sakit naik magrain..ooooo awak nie...gigit baru tau....huhuhuu

-Sedar la wahai AWAK-

adeh!!!!! aq dalam kesedihan...huhuhu..sakit seluruh anggota badan ku..mungkin bom atom yang d'letak dalam badan ku secara diam telah meletup dan seluruh badan hancur berderai...(ayat perumpamaan aq je ok..suke2 aq la).......

babak pertama..oooo aq syg pada mu..ku tak akan meninggalkan diri mu walau apa pun yang berlaku...aq berjanji tak akan membuat diri mu sakit dan d'sakitti....oooooo bahagianya bila mendengar segala ungkapan cinta ini....(jeles ke?? kejap jak nie)..

dan akhirnya babak ini...kecewa..fuhhh!!!!! mengeluh yang tak ada penghujung..derita tanpa akhirnya..benteng yang d'bina musnah...pehhh ayat kecewa....

hanya dengan 1 malam ok..ulang suara HANYA 1MALAM semua telah hancur..mengapa ini berlaku..kau pergi tanpa cerita...lari mu begitu pantas...tak tekejar oleh msj ku...huhuhuhuhu......cantik sungguh perangai mu ya......

...sampai d'sini sahaja..ooooo tidak..lom lagi..masi ada lagi yang tinggal...PENJELASAN ya PENJELASAN...kau perna berjanji apa pun berlaku kau akan terus bersama ku..wow!!!!! hebatlah kan...tapi apa da jadi?......kau ingat tak 1 masa dlu..(mcm terlalu lama la plak kan)..kau perna berkata..kalau kita akan berpisah...ulang suara AKAN BERPISAH (tidak!!!!!!!!!!!!!) biar lah dengan cara yang baik..mcm mn kita berjumpa dlu dengan senyuman..begitu la juga kita akan berpisah (aq tak mintak..terpulang pada mu) perlu dengan senyuman....

adakah senyuman bila perpisahan yang akan berlaku???? aq bukan xda hati..sedangakan gaduh kecil..airmata yang ku pilih..inikan pula bila berpisah (YA ALLAH jangan la engkau pisah kami..amin)...tak sanggup lagi aq (tiun lagu awie)....huhuhuh

sedar lah wahai awak..sesungguhnya keberanian mu aku perlukan sekarang..jangan engkau memberi pelbagai alasan tuk mengelak dari segala masalah......orang kata lelaki nie pantang d'cabar....so aq ada cabaran tuk mu...berani kah KLU berdepan dengan AQ??? dalam keadaan sekarang nie??? pahit apa pun aq akan telan..walaupun aq nie xla suka makan ubat...sebab kenyataan itu penting...JUJUR pasti la.....

fuhh!!! penat aq membebel..n airmata ku juga tak berhenti2..setiap kali aq menaip perkataan..korang kiralah berapa perkataan yang aq tulis nie..begitu lah derasnya airmata ini kuar...e2 pun klu kamu rajin nak kira......adeeehhh sempat lagi aq buat lawak sedey....

p/s: sedarlah wahai awak..semua tak akan berkakhir klu begini la yang awak lakukan...

-Beri akU kekuataN-

..perjalanan ini begitu berliku dan menyedihkan, benda yang kita anggap akan terus bahagia rupanya dalam diam, dia menyimpan bom atom yang terus menghancurkan hati dan seluruh perasaan ini.....

......tangisan dan pompuan tak dapat d'pisahkan, kerana itulah sahaja yang termampu tuk d'lakukan seperti aq kini. ku sangka indah d'pandangan rupanya semua itu hanya pada indah sekilas pandang, bukan untuk d'nikmati lama2....

.....ya Allah sesungguhnya aq sangat membutuhkan semangat dan kesabaran dalam menghadapi saat genting ini. aku tak mintak untuk dia bersama ku, cuma aq butuh penjelasan. mungkin aq tak kuat nnt mendengar penjelasan itu, namun tuk kebahagian aq, aq akan cekalkan hati ini tuk memintak hak dan penjelasan.....

........Ya Allah berikan aq kekuatan tuk melalui hari-hari ini dalam kesabaran dan penuh ketabahan......ku tak sanggup terus dalam keadaan kesedihan..kerana bila saat nie aq lalui..mak juga dalam tak sedap ati melihat aq dalam keadaan yang tidak bermaya...

p/s: awak sekiranya awak tahu bahawa diri ini betul sangat terseksa dengan segala yang berlaku..dalam masa 1 malam sahaja segala kebahagian sy awak rampas, dan langsung awak tak jelaskan..(ehhh awak ingat hati nie d'buat dr kertas ke?)..darah hati nie mengalir lagi kali nie..mungkin tak akan sembuh....baik awak berdepan dengan sy ok..eeee awak nie tolong jangan jadi pengecut boleh tak? lelaki bah kita tue.....cabaran pertama untuk mu..klu berani..berdepan dengan sy SEKARANG!!!! andai betul2 tak bersalah...ulang KALAU TIDAK BERSALAH...

Monday, December 27, 2010

-petanda dia JODOH kita-

...saksikan la wahai sang pencinta...
(ima malas nak ulas..so korang baca je k...tp memang ada yang sangkut nie dengan ima..hehehehe ^___^)

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



p/s: sesungguhnya benda nie ada yang berkaitan dengan kita.....baca dan pahami

-kisah laser dengan Bola-

.....gambar ini mengisahkan segalanya tentang kaitan cahaya laser dengan permainan bola sepak semalam antara MALAYSIA vs INDONESIA.......

mari sama2 kita lihat apa kaitan tue
.
.
.
.
.
v
......hahahaha ini cuma gurauan semata ta da kaitan dengan yang menang atau yang kalah, semua bergantung kepada usaha, teknik, semangat dan kerjasama pasukan..xda kaiatan dengan oltraman taro...lalalalala~~

p/s: awak menang ek semalam...bagus la...apa la kunun permintaan awk tue....lalalala~

-MakNgah cantik lah-

......tadi imah ada membuat entry tentang menanti follow ke 300, so inilah hasilnya dah sampai pun ke-300 dan lebih juga..bangganya ima, kawan ima da cecah sampai mcm nie..walaupun blog ima nie baru berusia setahun jagung....kira pencapaian yang bagus la juga....

....sape follower ima yang ke 300 tue yer? tapi sebelum tue ima nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada follower ima yang lain juga..kerana tanpa korang xsampai ke 300 nie..ima buat special entry nie sebab nombor genap kan...

so sape dia ke 300..jeng jeng jeng nie la dia orangnya
Merahnya MAKNGAH..nama pun merah tue..mesti penuh semangat berblogkan
nie kat bawa header kat blog dia
.
.
.
.
v
cantikkan dengan merahnya makngah d'tulis color merah...gambarnya plak sepasang kaki berkasut..memang penuh seni dia edit header nie...cantik menarik ko memang sempoi!!!!!!

ketika aq sekodeng2 blog nie..aq dapati blog nie blog bebas dan blog personal pun boleh juga d'kategorikan...dia akan menulis apa yang dia rasa nak tulis...(betul ke aq tafsir nie makngah..klu salah perbetulkan k..)....dan ima lihat dia start berblog june 2010...dari apa yang ima lihat la pada bulan dia start menulis blog nie.....

.....nie je yang ima mampu nak hurai sebab ima baru je kenal blog nie..klu ima ada salah ke tolong perbetulkan k makngah..semoga selalu menjenguk ima d'cnie.....

...last sekali tuk mu...muaaaahhhhhh! ^____^......

-Menanti Follow ke 300-

......jeng jeng jeng aq sedang menunggu follow ke 300. cehhh entah apa2 entah kan menunggu macam nak masuk duit jak......

hahahahaha ima saje nak buat nie entry....nak alu2kan ketibaan rakan2 blogger ima yang nak join kat ima...sapa kah dia yang ke 300???

...jangan bimbang, ima akan buat entry khas tuk blogger yang ke 300...khas tuk mengalukan ketibaan dia......

...siapa? siapa? siapa?....

-tunggu-

-GALA COUNTDOWN 2011-

.......tahun baru menjelma, pasti banyak kemeriaan yang akan d'buat. nyanyi2 ler, bakar sayap ayam la dan macam2 la lagi........

tempat korang ada ke buat? share la kat cnie

......kat tempat ima ada buat..tue Gala Countdown 2011. d'buat malam tahun baru. nak trun la tapi semoga abg ima xda hal la.........

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA
^______^

-mohon maaF-a

...........d'hening pagi ini,dengan merendah diri ku memohon maaf kepada semua yang ima perna buat salah, tanpa sedar mahu pun tak sedar..........

.....kepada abg ima, ima mintak maaf kerana da banyak sakitkan hati abg, terima kasih kerana bersabar dengan karenah ima selama ini. walaupun kekadang ima tau abg salah..tp tuk kesejahteraan hubungan nie, ima akan mendiamkan diri.........

....kepada semua blogger, ima mintak maaf klu xdapat nak balas kunjungan kamu, mungkin kerana ima bz atau xda mood nak bw. tapi ima akan cuba yang terbaik tuk balas kunjungan anda semua. jangan segan nak datang balik k..........

^_____^

p/s: abg tolong jujur pd ima..janji abg tak akan berhubung dengan dia, tapi syg tahu hakikatnya abg masi lg berhubung.....tolong jgn sampai ima thu lagi benda nie....

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG!!!

.......wahhh En Ben buat Pencarian 500 blog la....nie la masa beraksi lg...hehe nak la aq join..boleh kan en Ben....

tuk sertai 500 blog nie...ada syarat tau..dan syaratnya kene cerita sikit tentang diri kita dan kenapa nak jadi blogger....ok2 aq jawab....

AQ Imah nama pena d'blog QUEENIMAH
cewahhh nama glomer tue..xda pwincess da yer..terus sambar Queen..ima lahir dekat TAWAU...hehehe orang sabah bah..

ok2 ada lagi nie...apa tujuan ima jadi blogger..emmmmm ape yer..cewah pikir2 dlu

....ima jadi blogger nie atau pun buat blog nie sebab ima nak cari kawan dari seluruh malaysia, selain ima suka bercerita tentang apa yang ima rasa. bila ima da menulis dan luah ima kan lega...selain ima nak nasihat2 dari kawan2 semua.....tapi paling ima suka ialah IMA SUKA MEMBEBEL SENDIRI dalam blog.....ada mood semua blog yang singgah ima akan kunjung balik...

....haaaaa abis pun kisahnya.....
^_____^

Saturday, December 25, 2010

~kesaN kecuranGan PasangaN~

........curang!!!! benda yang menyakitkan hati setiap pasangan yang melaluinya, bila setia yang d'beri curang yang d'bagi, hilang sudah kepercayaan yang d'berikan......

apa lagi klu dengan teman baik atau pun kawan dekat atau dengan adik sendiri...oooo jangan la ini terjadi.....apa tak mahu benda nie terjadi?

...aq ada tips tuk tahu dia curang kat kita ke tak? mari kita tambah ilmu nie..terima kasih kepada blog KEPUNCAK MAHLIGAI kerana tips nie........

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.
Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

Tidak lagi rajin menelefon anda
Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.


Berubah sikap dengan ketara
Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

Asyik lewat ketika temujanji
Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

Menerima panggilan telefon secara rahsia
Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda
Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati
Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

Kerap memberi alasan sibuk dan penat
Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat sama ada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

Sering tersasul menyebut nama wanita lain
Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat-cepat mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja kalau seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yang lain.

Sepi tanpa berita bila berjauhan
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya
Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

Marah apabila anda bertanya aktivitinya
Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang. Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!


p/s: awak plsss jangan nak sorok2 sms n call dengan sy..

Friday, December 24, 2010

Merry Christmas to All

......di kesempatan ini ima ingin mengucapkan MERRY CHRISTMAS kepada semua warga MALAYSIA yang meraihkan......

-semoga kita akan terus meraih keamanan dalam negara ini...kerjasama yang akan terus teguh dalam masyarakat 1 MALAYSIA

agar negara akan terus aman dalam masyarakat majmuk yang sangat ceriah
^______^


~Perkara Lazim Orang Pompuan~

ku ingin kongsi sesuatu tuk anda semua...ini adlah artikel yang aq dapat dari laman sosial FB dari page MYTAWAU..da mintak izin kan..semoga ini ada ilmunya..hehehe jom baca sama2..


Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergadu.

LIMA MINIT Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.


TAKDE APA-APA Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’


PERGILAH! (dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.


PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.


MENGELUH YANG KUAT Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.


MENGELUH YANG PERLAHAN Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.


OKAY LAH Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.


BUAT LAH Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.


TOLONGLAH Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’


TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.


p/s: awak semoga ini memberi gambar tentang aq juga yer...hehe

Wednesday, December 22, 2010

~AMARAN!!!!!~

gambar ini menerangkan segalanya
.
.
.
.
v
apa kata anda semua? benar? salah?
nie kah yang anda ingin katakan..tapi tidak terluah?

terima kasih pada MYTAWAU

sebenarnya tak mintak izin pun..tapi xpakan..kat cnie baru nak mintak izin..lalalalalala

p/s: nak marah ke awak? hahahahha

Tuesday, December 21, 2010

~Feeling so Good~

.......mood happy ari nie, tak tahu la kenapa, tapi hati memang sedang berbunga2 nie, hehehe DALAM HATI ADA TAMAN gitu.......

semoga hari nie akan terus happy happy and happy..boleh bah kan mcm tue..amin..
semalam bad mood teruk..xde la teruk sangat tapi boleh tahan la. namun semua tue da berlalu....ari nie aq happy ^______^

harap2 xda la yang rosakkan mood aq nie...klu ada juga..endak tau la aq mau cakap apa sudah..kali mau d'piat telinganya kan..ok kah cadangan ku tue??

p/s: awak sy happy ari nie.......so xda marah2

Monday, December 20, 2010

~Rayyan Fantasi Part II~

alhamdulillah novel Rayyan Fantasi telah abis ima baca..seperti yang d'jangka novel nie memnag best sangat....jalan cerita yang sangat memberi kita berpikir tentang kesudahan cerita ini..

"apa yang terfikir....itu ada"memang benar..Addin (rayyan) watak utama cerita ini hidup dalam dua keadaan d'bumi dan d' Yu'kka (alam fantasi). Rayyan mempunyai kuasa agung kerana dia adalah pewaris tunggal Yuk'Ka.....perjalanan yang amat mencabarterpaksa d'alami rayyan dengan orang2nya tuk menuntut semula kerajaan ayahnya......

feena adalah orang kesayangan rayyan namun, feena terpaksa putuskan tunangan dengan rayyan kerana rayyan telah hilang selama 5 tahun..dan feena telah berkahwin dengan zaidan kawan baik rayyan....mika plak adalah gadis alam fantasi rayyan, mencintai rayyan secara diam. mika juga yang telah menculik rayyan tuk d'bawake yuk'ka tuk menentang ayahnya yang sangat zalim..dan akhirnya mika dan rayyan menjalin cinta d'bumi...^___^

kamu nak tau lebih lanjut....cari la buku ini dan baca la...pasti tidak akan menyesal..hehehehe

p/s: ima kini menunggu novel baru beliau..sutera bidadari sambungan kisah laksamana sunan dari cinta sufi...

~Dialog ini Benar Tau Salah~

.....genggam tangan ini jangan perna lepaskan, sekali kau lepaskan maka kau akan terus terlepas lagi untuk menggenggamnya......

ayat buat sendiri tue..hehehe ilham datangkan..kikikikiki
.
.
v
ok masuk pada dialog nie yang ima nak sampaikan..cuma nak kamu pikirkan, dialog nie perna berlaku pada korang atau tidak....aq dapat ilham nie dari dialog seseorang yang main fb ler...hehehe jangan marah...

klu nak marah juga..xdapat la ima tolongkan..sebab da ima ternampakkan..cewah..lagi pun nie blog ima..sesuka hati ima la nak letak dialog apa pun..hehehehe...ok jom kita sama2 lihat dialog nie...cuma korang kene la pikir ia benar tau salah?

situasinya mcm nie ok: seorang lelaki yang tak telah membuat status kat fbnya tentang "peluk" so banyak la yang telah like status dia nie...teruatama pompuan la..hehehe..so bermula la komen mereka ini

wanita A :itu jak la keje mu ya..hehehe

lelaki itu : kerja apa la tue kunun? kerja potong rumput ka? hehehe

wanita A: kerja apa-apa jak la yer

lelaki itu : jom la kita buat kerja sama..ko nak ke?

Wanita A : kerja sama..iya2..kerja sama nak mengintip ko..boleh?

lelaki itu : ooo boleh je klu ko nak mengintip..intip jak ya..jgn plak ko malu

Wanita A : hahahahaha....memang pun aq akan intip ko..ko tue terlalu nakal tuk d'lepaskan

lelaki itu : owh mcm tue ya..ok2

.....begini la kisah dialog mereka, korang rasa betul ke tak? dialog nie aq tambah secukup rasa ok..sesuka hati aq la nak tambah..tp klu xpercaya..nnt aq tunjukkan yang sebenar..aq nak buat print screen tau...hehehehehe

nie la yang d'kata jangan ingat kita xnampak maka kita boleh buat sesuka hati..akan orang kata dalam alam siber nie..kita mempunyai banyak jalan..hehehehe

p/s : wahai kawan ku sekalian hati2 la...

Sunday, December 19, 2010

::persoalan::

.....emmm apa yang perlu kubuat? salahkah jika aq mengutarakan soalan? perlukah aq terus simpan semua persoalan itu?.....

...awak maaf andai soalan ITU membuat kita dalam keadaan yang dingin..bukan niat tuk menyoal tetap hati ini dalam keresahan....aq tak purlukan penjelasan sekiranya soalan ini menyakitkan hati...cuma aq hanya mahu meluah persoalan....jika tidak mempunyai jawapannya..maka awk boleh abaikan....


...ingat lah sejak mula kita berhubung..syg sayang pada awk..e2 hakikat, walaupun terpaksa lukakan hati orang yang sayangkan awk...berterus terang akan buat kita tenangkan...e2 awak perna bagi tahu dekat sy...maka tuk tenangkan hati ini..maka sy berterus terang...

jika jawapan tak ada...maka sy xmengharapkannya..cukup la hati ini telah tenang walaupun tanpa jawapan..

p/s: sy sygkan awk bukan kerana persoalan itu....saya mahu awak tahu itu sahaja.

~Malaysia Menang Yahuuuu!!!!!~

malaysia menang dengan agreget lawan vietnam
yahu!!!!!!

semalam memang perlawanan yang kiranya agak mencabar juga la...apa lagi aq yan melihatnya huhuhu sungguh berdebar2 rasa hati nie......banyak peluang yang telah d'sia2 kan oleh kedua2 pasukan...mungkin itu bukan rezeki pasukan dua2 belah pihak

apa pun..vietnam telah memberi tentangan yang sangat sengit pada separuh masa ke dua..kanapa?? sebab masa separuh masa ke dua...pasukan vietnam cuma ada 10 orang pemain dalam padang..namun mereka tetap bersemangat bertarung..apa lagi mereka sentiasa mencipta peluang2 gol yang membuat penonton xsenang duduk....

namun Malaysia juga tidak kurang hebatnya....malaysia juga mempunya peluang yang banyak namun e2 bukan rezeki mereka tuk menjaringkan gol....

perlawanan tamat dengan seri 0-0
namun malaysia menang dengan agregat 2-0 yang mereka perolehi semasa perlawanan pertama yang berlangsung d'Stadium Bukit Jalil Malaysia..

go Malaysia GO!!!! pastikan kita menang kali nie.....
^_________^

Saturday, December 18, 2010

~Ku bahagia~

......ku bahagia sangat bahagia, kenapa yer? kerana dia ada bersama ku, walau dalam susah dan senang, bila aq tengah bad mood, d'marah atau tgh dalam stress, dia sentiasa ada dengan ku, e2 la sebabnya aq bahagia ^_____^ .........

senyum sentiasa ada d'bibir
walaupun tangah hari tadi agak bad mood...namun diri mu setia d'sisi dengan memberi diri ini keceriaan..dikau sabar melayan karenah diri ini yang selalu menyakiti hatimu....

bersama mu berdua dengan mu memberi diri ini sedikit ketenangan....perlu dikau tahu..diri ini sentiasa mahu selalu bersama mu...namun e2 mungkin tidak mungkin kerana ada jarak dan situasi yang membataskan kita..namun dengan sedikit masa yang ada..kita manfaatkan bersama dan hargainya..(betulkah?)

...........senyuman diri mu memberi aq seribu ketenangan walaupun diri ini selalu dalam keadaan tegang je...hehehe biasa la..dikau tahu kan kenapa..pstttt diam2 je tau........

p/s: awak..awak..TERIMA KASIH kerana selalu bersama diri ini....bahagia sentiasa ku harap bersama mu.....amin

Friday, December 17, 2010

~Mandi Hadas tuE penting~

.....kenapa tetiba ima buat post nie yer, sebabnya ada seorang budak inbox ima tuk membuat entry nie. so ima cuba laksanakan sikit apa yang dia inginkan. dia tidak mahu namanya d'sebut (mungkin dia ada sebab tertentu)......

xpa, ima hormati apa yang dia mahu..so adik ku syg...nie entry tuk awak..semoga membantu awk yer..selama membaca...

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.


p/s: adik sayang semoga mendapat ilmu d'dalamnya...awk semoga dapat ilmu juga yer....