"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Thursday, June 11, 2009

Mahu Mati DiseBABkan CinTA

Aduihai remaja zaman sekarang nie..macam-macam yang di dengar...ada yang sanggup mati disebabkan cinta..kuat betul penangan cinta nie yer..

tapi klu kita pikirkan...klu pompuan yang nak bunuh diri sebab gagal dalam cinta itu kita boleh terima lagi..tapi ada satu cite yang saya baca dalam internet..lelaki sanggup nk kelar leher sendiri kerana kekasihnya mahu memutuskan hubungan cinta mereka..tak ke pelik tue..jadi lelaki kene la tabah dan kuat hadapi semua..bak kata pepatah..bunga bukan sekuntum...

apa-apa pun..kepada remaja yang sedang bercinta, dan yang sedang dalam pencarian cinta..hati-hati la..cinta xselalunya indah....tapi cinta juga terlalu indah untuk di nikmati..
apa pun pikirkan setiap segi apabila mahukan sesuatu dari cinta..jangan biarkan perasaan mengawal diri..tapi gunakan otak yang waras..

kepada QueenImah sendiri..tabahkan diri dalam menghadapi ujian Allah ini..pasti ada rancangan yang lebih baik yang telah dirancang oleh Allah untuk anda dan manusia lain...terima semua dengan pasrah...

Wednesday, June 10, 2009

IndaHNYA menjadi Seorang Wanita IslaM..

ISTIMEWANYA PEREMPUAN ISLAM

Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :-
Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,
Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri,
Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Hakikatnya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik.
Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.
Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.
Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu
menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu
menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini,
dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta
pertanggung jawabnya terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya,ayahnya,anak lelakinya
dan saudara lelakinya. Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya
cukup dengan 4 syarat iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan
tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya Allah.begitu sayangnya Allah kepada perempuan.