"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Thursday, November 25, 2010

~Untuk Bakal Teman HidupKu~

as salam warga blogger dan semua warga Malaysia..semoga sihat2 hendaknya..senyum mesti sentiasa berseri...=)

ari nie ima nak kongsi sikit tentang madah..yang ima temui dari satu lama web..ima merasakan madah nie cukup memberi inspirasi kepada setiap pasangan...so ima nak kongsi la....kepada yang empunya madah nie....mintak izin tuk persembahkan d'blog ima yang tak seberapa nie..
.
.
.
.
v
mari kita sama2 hayati madah2 nie
=)

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.


p/s:
semoga engkau dapat menghayati setiap madah nie
kerana ku mahu kau tahu..dirimu begitu bermakna pada diriku
amin =)

0 Sudah Luah: