"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Thursday, January 20, 2011

- Berdoa Tuk Jodoh Kita -

mari kita sama-sama menadah tangan kepada-NYA berdoa semoga d'pertemukan dengan jodoh kita..amin..mari semua..
v
v
v
D'mulakan dengan Bismillah
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan, dia mulikku tercipta buatku...satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagian antara kami...agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah
Ya Tuhan yang Maha Mengasihi...seiringkanlah kami melayari hidup ini..ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan..dia bukan milikku..bawalah dia jauh dari pandanganku..luputkanlah ia dari ingatanku..dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah
Ya Tuhan ku yang maha mengerti..berikanlah aku kekuatan..melontar bayangannya ke dada langit..hilang bersama senja nan merah..agar aku bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang Tercinta
gantilah yang telah hilang..tumbuhkanlah kembali yang telah patah..walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhan ku
pasrahkanlah aku dengan takdirmu...sesungguhnya pa yang telah Engkau takdirkan..adalah yang terbaik buatku..kerana Engkau maha mengetahui..segala yang terbaik buat hambamu ini.

Ya Allah
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..di dunia dan di akhirat..dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini..jangan Engkau biarkan aku sendiri..di dunia ini mahupun di akhir kelak..menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..

maka
kurniakanlah aku pasangan yang beriman..supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..ke jalan yang Engkau redhai..dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan soleha..

Amin Ya RabbalA'lamin.

semoga kita semua mendapat sikit kebaikan dalam doa ini..amin

p/s : abg semoga ini akan membuat kita mengenal erti jodoh..syg tau ^___^

0 Sudah Luah: