"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Thursday, April 15, 2010

~63d05a z1N@ (T_T)~

Mari tawan2
Ada cite nak habaq
nie msj
aq terima dari BUKUMUKA..

sebelum tue..
pic kat bw nie just
for tauladan..

Aq ambil dr MyGoogle
Yang terasa
Mf sangat2
BUAT dosa siang malam tidak kira masa.
Apa sudah jadi dengan umat Islam kini?
Bersolat tetapi berzina.
Ketika umat Islam berpuasa
dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya
seorang ibu yang mengadu mengenai
anaknya dan aduan seorang isteri dengan
perangai suami yang bermalam dan
mengaku berzina dengan “kekasih baru.”


Saya masih ingat lagi kata-kata
datuk saya ketika beliau mengajar
di rumahnya dengan katanya,
berzina seronok sekejap
tetapi derita sampai ke neraka.


Tazkirah kali ini ingin saya menulis
mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah
menjadi perkara biasa dan semacam
tidak ada apa-apa perasaan pada
pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.


Percayalah,
kalau Allah marah mesti ada azab
sama ada azab sementara di dunia
dan apa lagi di akhirat.
Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam
dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama
si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa),
buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu,
padahal dalam Islam malu adalah suatu
yang amat diambil berat dan perhiasan
yang sangat indah khasnya bagi wanita.


3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap
dan mematikan sinarnya.


5. Menjadikan pelakunya selalu dalam
kemiskinan sehingga tidak pernah
berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan
pelakunya dan jatuh martabatnya,
baik di hadapan Allah
mahupun sesama manusia.


7. Allah akan mencampakkan sifat liar
di hati penzina, sehingga
pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia
dengan pandangan mual dan tidak percaya.


9. Zina mengeluarkan bau busuk
yang mampu dihidu oleh orang-orang yang
memiliki qalbun salim (hati yang bersih)
melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada
selalu meliputi penzina. Apa yang ia
dapati dalam kehidupan ini adalah
sebalik dari apa yang diingininya.


Ini kerana orang yang mencari kenikmatan
hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah
maka Allah akan memberikan sebaliknya
dari apa yang dia inginkan dan Allah
tidak menjadikan maksiat sebagai jalan
untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.


11. Penzina mengharamkan dirinya
untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya
hubungan silaturrahim, derhaka kepada
orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim
serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.


Bahkan, ia boleh membawa kepada
pertumpahan darah dan sihir serta
dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya
berkait dengan dosa dan maksiat
yang lain sebelum atau bila berlakunya dan
selepas itu biasanya akan melahirkan
kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya
dan merosakkan masa depannya di samping
meninggalkan aib yang berpanjangan bukan
sahaja kepada pelakunya
malah kepada seluruh keluarganya.


14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina
lebih meninggalkan kesan dan
mendalam daripada asakan akidah kafir,
misalnya kerana orang kafir yang
memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar
meninggalkan kesan di dalam jiwa
kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat
dan membersihkan diri, dia masih
berasa berbeza dengan
orang yang tidak pernah melakukannya?


Jika wanita yang berzina hamil
dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya.
Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.


Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami
dan melakukan kecurangan sehingga hamil
dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan
orang asing dalam keluarganya dan keluarga
suaminya sehingga anak itu mendapat hak
warisan mereka tanpa disedari siapa
dia sebenarnya. Na’udzubillahi min dzaalik.


15. Perzinaan menyebabkan menularnya
penyakit seperti Aids, siphilis dan
gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina
akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki
atau perempuan sebesar Bukit Uhud.

Anda tahu besar mana Bukit Uhud?

Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.



0 Sudah Luah: