"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Thursday, March 4, 2010

Gelak Tawa Ilangkan Tension..

1) Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?’
(hehehhe..suami dia nie xpaham bahasa berkias..cian isteri dia nie..fenin la..hahahah)








2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
isteri: Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itubersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10ekor atau beberapa ekor syaitan.
suami: yerr kerr? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?
sambil ketawa..Isteri hanya tersenyum panjang...

Selang dua hari kemudian...
isteri: banggg, jom kita bunuh syaitan… bang.
Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian,
isteri:banggg, jom kita bunuh syaitan… bang.
suami: takpe…tunggulah malam.

Esoknya
isteri:banggg, jom kita bunuh syaitan…bang...
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya
isteri :banggg, jom kita bunuh syaitan….
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ……….
Suami: ‘Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang’

(moral story: beringat dalam membuat permintaan..hahahah...kiasan je nie)

3.Mamak dapat anak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news….
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo…. saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr..?? ???…kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…
(moral story: ingat2 la balik kg tue..ingat ada isteri yang jauh d'tinggalkan..klu da jadi macam nie..sape yang nak d'salahkan..so lu pikirkan la sendiri)





4.Kek Hari jadi…
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
pelayan: ‘Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?’
tanya si gadismanis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
customer: ‘Mmmm, tulis saja ‘Sayang tidak bertambah tua’ di bahagian atas, kemudian sambung dengan ‘Sayang cuma bertambah cantik’ di bahagian bawah,
kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
‘SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIKDI BAHAGIAN BAWAH.’

(moral story: so jelaskan dengan baik maksud ayat yang nak d'sampaikan...) ini hanya lah sekadar gambar kiasan semata-mata..(kaki xda k..hahahhaha)

0 Sudah Luah: