"Ya Allah Berikan kekuatan dalam mengharungi setiap perjalanan di dunia ini. Semoga beroleh kebaikan dan di jauhkan segala kejahatan. Aamiin"

Rindu Akan Selalu BersamaMu Ya Allah , Kirimkan Juga Rinduku Ini DiHatinya Setiap Saat.. Aaminn

Tuesday, February 23, 2010

Kod Rahsia Semasa Berbulan madu (LawaK)

Mak Leha dan Pak Seman ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. ANITA, ANISA, AMINAH dan ABIBAH. Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.


ANITA berbulan madu ke Pulau Langkawi, ANISA ke Pulau Tioman, AMINAH ke Pulau Kapas dan ABIBAH ke Pulau Pangkor. Sebelum pergi Mak Leha dan Pak Seman berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Leha memberi arahan pada anak-anaknya.


SEMINGGU KEMUDIAN......

Mereka terima sms dari ANITA yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si ANITA tu rupanya kata mereka.


Esoknya terima pula sms ANISA yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si ANISA rupanya.


Selang beberapa hari kemudian, tiba pula sms AMINAH yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.“Bahagianya si AMINAH tu bang,” kata Mak Leha pada Pak Seman.


Seminggu berlalu tapi masih tiada sms atau perkabaran dari ABIBAH. 2 minggu, tak ada juga. Pak Seman dan Mak Leha mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima sms dari ABIBAH dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.Tapi, bila dibaca Mak Leha dan Pak Seman terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.“Bahagia ke si ABIBAH tu bang?” tanya Mak Leha pd Pak Seman.“Ntah…” jawap Pak Seman sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Leha lagi.Dengan selamba dan kuat Pak Seman menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”


hahahahhah..ini semua adalah cerita yang direka-reka semata-mata hendak menghiburan pembaca. jangan la ambil serius atau pun pikir yang bukan-bukan..kerana semua ini hanya lah karya internet sahaja.

0 Sudah Luah: