1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
(anda pahamkan maksudnya..ya ia memberi aq sedikit kesedaran..lalalala)
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
(nah maksud yang mendalam..bercinta ala kadar..klu dia jodoh xkemana..lalalala)
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
(wahhhh maksudnya nie mcm jangan terlalu bahagia semasa bercinta..ia kan..hehehehe)
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
(nahhh ini sudah d'suruh kawen la plak..lalalala)
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
(huhuhu..awak cinta kita palsu la..betul ka...pikir2kan)
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. (aq akan cuba buat yang terbaik..tuk hubungan kita..tuk diri kita..percaya lah...)
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu. (betul juga kan...melalui hp pun boleh juga....hehehehe...ala dalam fb pun boleh juga..lalallaa)
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA. (insyaAllah...sedang ke arahnya..llalalalala)
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. (masalahnya ku da bercinta...so akan cuba ikut segala yang baik...hehe)
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
(insyaAllah..semoga d'beri petunjuk dalam hubungan cinta nie)
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
4 Sudah Luah:
terima kasih atas nasihatnya.. Terima kasih jg pesanan2 ringkasnya.. Baru aku mengerti....
Tq so much...
ingat mengingati itu kan baik...=)
terima kasih.. Kata2nya menyentuh jiwa dan perasaanku... Kini baru ku mengerti dan aq tau apa yg harus aq lakukan...
bagus la klu awk da tahu apa nak buat..semoga awak kan bahagia dengan dia....amin
Post a Comment