“Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu
Berilah aku pilihan yang terbaik buatku
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaanMu
Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu
Dan aku jua memohon kepadaMu
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung,
kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa
Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kelemahan,
Engkau lah Maha Mengetahui mana yang terbaik untukku
Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua yang Maha Bijaksana,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah mengaturkan segala perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buatku...
Ya Allah,
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu
Adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagiku,
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.
Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu
Adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku,
Serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..
Dengan ini, aku bersujud padamu ya Allah
Mengharap dan merintih kepadaMu
Air mata yang mengalir ini
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidupku dan jua matiku
Adalah semuanya Hanya kerana Mu
Moga Kau mengasihani diriku yang mendambakan pertunjukMu.“
p/s: Semoga kita akan d'berkati oleh-NYA..amin
16 Sudah Luah:
amin...semoga kita semua diberkati...insyaallah...
amin....
post yang menarik! suka bah aku!
tq YUL....=)
semoga apa yg kita rancang, akan di permudahkan olehNYA.
Semoga cinta KITA bersatu...
Amin...amin...amin yarabbal alamin...
amin...amin...
CINTA ku bersama mu...
sape kah d'kau Anonymous
jom ikut saya bangga menjadi blogger satu malaysia...saya ada tag awak..
matika..tq for the tag...yer2..nak ambil la
semoga cinta kita kekal selamanya hingga akhir hayat...
Biarlah ku rahsiakan dulu siapa diriku..
iya..iya...semoga terbuka hatimu tuk menjelmakan diri...
terbuka sdh hatiku untukmu.cuma... Wat masa ni,biarlah ko mengenaliku dlm dunia maya..
Smpai masanya,aq direct hantar rombongan meminang.
wah..berdebar2 plak nie..hehe
tak yah berdebar2..
Itukan pekara yg baik dan menggembirakan...
iya sangat menggembirakan bila dirimu sentiasa mengingati ku
imah sentiasa dlm jiwa.
tq ^_^
Post a Comment