Diganggu Bajang
Summary by:eze69
Kisah Benar. Berlaku pada keluarga aku seawal Isteri ku mengandung anak sulung (tahun 1994).
Waktu itu aku bekerja di Pasir Gudang, Johor. berkenalan dan bercinta disana. Tak lama kemudian aku mengambil keputusan untuk menikahi kekasih aku yang baru dua / tiga bulan berkenalan. Sebabnya aku dah hampir jadi bujang tua. Tapi tak tua lagi pun, masih hensem ape. . .
Setelah bernikah , tak lama kemudian Isteri ku mengandung, dan dalam sekitar kandungan 4-5 bulan kami merasai sesuatu gangguan yang luar biasa. Isteri ku selalu didatangi lembaga yang amat menakutkan rupa parasnya. Selalunya lembaga itu mengganggu ketika aku sedang nyenyak tidur, tetapi Isteri aku diganggu dalam keadaan antara sedar dan mimpi. . . dan perkara ini selalu berlaku, boleh dikatakan selang dua atau tiga malam benda tu datang mengganggu.
Aku pun menceritakan perkara ganjil ini pada kekawan sekerja aku. Aku tak putus asa dan pergi mencari orang-orang yang pandai dalam hal berkaitan. Alhamdulillah rupanya kawan sekerja aku ada seorang yang agak berkebolehan, Bila dia amat-amati persekitaran rumah tempat aku menyewa, rupanya salah seorang diantara kawan sekerja aku ada memelihara Mahluk yang bernama BAJANG. Anda tahu apa itu Bajang.? Bajang adalah mahluk halus peliharaan orang tua-tua dulu, yang mana pemiliknya ada perjanjian bahawa setiap tahun mesti dapatkan korban Bayi Anak Sulung dalam kandungan. Alhamdulillah mahluk itu dapat disingkirkan dari menganggu Isteri aku sehingga kehari ini. Terima Kasih kepada kawan ku yang bernama Subuh (1993 department facility - Antara Steel Mills).
Dengan terjadinya kisah, aku tak hairanlah sekiranya mendengar ada orang yang mengandung anak sulung kemudian hilang dalam kandungannya. Ini pernag berlaku pada seorang sahabat aku bernama Sulaiman yang tinggal diUlu Tiram Johor. Anak sulung hilang dalam kandungan, belum sempat melahirkan. Tahu-tahu bangun tidur perutnya dah macam sediakala sama seperti sebelum mengandung.
Demi Tuhan Orang Yang Memelihara Mahluk Yang Sejenis Bajang atau Jin sekalipun, hidupnya tak akan selamat diDunia dan Akhirat.

Nak lagi cerita seram???? layari link dibawa ini..sempoiiiiiii
Gambar sekadar hiasan
Diganggu Bajang Originally published in Shvoong: http://ms.shvoong.com/books/horror/1884833-diganggu-bajang/

0 Sudah Luah:
Post a Comment